Monday

Kenali Pokok Daun Delima Dan Cara Menyediakan Air Rebusan Serta Khasiatnya

Delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika. 

Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. 

Sumber: Wikiwand

Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Petua Daun Delima
Ini adalah petua yang biasa di amalkan oleh orang yang tahu khasiat terbaik ini. Ada yang mengamalkan rebusan daun delima ini kerana ianya mampu menguruskan badan secara semulajadi di samping mengamalkan cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Cara merebus:
Segenggam daun delima di rebus dengan 3 gelas air di jadikan segelas. Di minum seminggu 2 ke 3 hari dalam seminggu.

Kepada yang mengalami masalah payah membuang air besar elok di amalkan setiap hari selama seminggu berturut-turut secawan sehari.

Sumber: Wikiwand

Khasiat Rebusan Daun Delima

1 . Membantu masalah susah tidur malam/ insomnia.

2. Bertindak sebagai antiseptik dan anti bakteria untuk masalah sakit dalam perut yang di sebabkan oleh kuman / bakteria . Terutama kepada yang mengalami masalah pencernaan , jika di minum rebusan daun delima ini selama 5 hari berturut akan memberi kelegaan untuk pembuangan.

3. Pokok Delima mengandungi khasiat anti oksidan yang boleh menjadikan pengamal rebusan daun delima menjadi awet muda mencegah kedut.

4. Bagi yang mengalami anemia dan lemah sangat sesuai minum rebusan air daun delima ini kerana ianya mengandungi zat besi yang tinggi.

5. Sesuai untuk orang yang mahu turunkan berat badan kerana rebusan daun delima ini membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak secara semula jadi.


Kegunaan Daun Salam
Daun salam digunakan untuk menambah aroma dan rasa untuk sup, stu, masakan tumis dan pâtés dalam masakan Mediterranean. Ia juga bahan asas dalam masakan Barat yang digunakan untuk memanggang dan membakar.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand

Ketahui 5 Punca Lelaki Mengatakan Tidak Kepada Hubungan Batin

Betulkah senarai dibawah merupakan punca lelaki kurang berminat untuk membuat hubungan batin?


Sumber: Pexel


1. Ada kemungkinan lelaki sedang mengalami  tekanan perasaan.

2. Hormon testosterone lelaki rendah !
Bukan perempuan sahaja boleh mengalami pre monopos atau monopos bila lelaki sudah masuk usia 40an boleh terjadi kurang nafsu. Ini di sebabkan faktor kesihatan dan gaya hidup.

3. Suami bermasalah.
Suami yang tidak menitik berat pada masalah penjagaan Zakar akan menimbulkan masalah menyebabkan zakar tidak mahu keras seperti biasa! Ini boleh terjadi. Bila tidak perform atau tak mau naik menyebabkan lelaki tidak berminat mahu melakukan hubungan intim.  Kes ini kena carilah bagaimana mahu merawat kegagalan ini.

4. Stress dengan pekerjaan.
Kebanyakan suami stress memikirkan hal kerja yang sentiasa sibuk dan memeningkan kepala sehingga tidak berminat mahu melakukan hubungan batin.

5. Keletihan 
Bila sudah letih suami sudah tidak berminat untuk melakukan hubungan batin.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan.

Kenali Daun Kelor atau Moringa Serta Khasiat Bagi Petua Herba Dari Akar Hingga Buahnya

Daun kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera merupakan tumbuhan yang mampu merawat masalah kekurangan nutrien dalam badan kerana bersifat antioksidan dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Moringa adalah tumbuhan yang cukup besar berasal dari India utara. Ia juga dikenali dengan nama pokok drumstick, pokok lobak atau pokok minyak. 

Pokok Kelor - nama saintifiknya [Moringa Oleifera] juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai, atau moringa merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil : moringa, pokok kayu dram (kerana bentuk lenggi biji benihnya yang panjang dan langsing), pokok minyak ben, atau pokok benzoil (kerana minyak yang dihasilkan dari benihnya).

Pokok kelor berasal dari bahagian selatan kaki bukit Himalaya, barat laut India.

Pokok kelor biasa tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika. Ia merupakan spesies yang ditanam secara meluas dalam genus Moringa. Ia mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca. Pokok kelor cepat tumbuh dan tahan kemarau.


Pokok kelor mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya. Lengai muda dan daun pokok kelor digunakan sebagai sayuran. Lengai dari pokok ini juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.  

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Daun SalamGambaran Pokok Kelor
Ia boleh mencapai ketinggian 10-12 m (32-40 kaki) dan batangnya boleh mencapai diameter 45 cm (1.5 kaki). Kulit batang pokok Kelor mempunyai warna yang putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal. Pucuk muda mempunyai kulit keunguan kehijauan-putih, berbulu. Pokok ini memiliki silara luas dan merundup, dahan rapuhdan dedaun yang ringan tiga sekelompok tripinnate.

Sumber: Wikiwand

Mengatasi Diabetes
Tempoh berbunga bermula selepas enam bulan mula ditanam. Di Kawasan musim sejuk, ia berbunga hanya sekali setahun yang berlaku antara April dan Jun. Dalam suhu bermusim berterusan dan dengan hujan berterusan, ia berbunga dua kali atau boleh sepanjang tahun.

Buahnya adalah lenggai bertantung, kapsul coklat tiga segi dengan saiz 20-45 cm perang gelap, yang mampu memuatkan benih bulat sekitar 1 cm. Tiga biji benih di dalamnya mempunyai sayap nipis putih dan disebarkan oleh angin dan air.


Sumber: Wikiwand

Semasa penanaman, ia sering dicantas setiap tahun kepada 1-2 m (3-6 kaki) dan dibenarkan untuk tumbuhkan kembali agar buah dan daun kekal boleh dicapai dalam jangkauan lengan.

Moringa sangat menarik dan mempunyai begitu banyak khasiat tersendiri dalam perubatan dan kesihatan manusia, termasuklah:

1. Kandungan nutrisi yang tinggi

Bahagian yang paling berkhasiat pada pokok moringa adalah daunnya. Daun moringa kaya dengan vitamin B, vitamin C dan provitamin A. Kandungan zat dalam 100g daun moringa segar yang dimasak bersamaan dengan kandungan zat  dalam makanan-makanan lain yang bergizi tinggi. Daunnya boleh digoreng  dengan sedikit minyak masak seperti penyediaan bayam. Ia juga boleh direbus dan dijadikan sup. Bukan itu sahaja, daun moringa boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk untuk digunakan dalam masakan lain.

2. Menurunkan kolesterol

Kolesterol tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa daun moringa sangat berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol.

3. Mencegah diabetes

Serbuk daun moringa dapat mengurangkan tahap lipid dan glukosa serta mengawal selia oksidatif stres pesakit diabetes. Hal ini bermaksud ia boleh merendahkan gula darah dan kolesterol, sekali gus meningkatkan perlindungan terhadap kerosakan sel.


 4. Penambah zat untuk ibu hamil

Daun moringa digunakan sebagai penambah zat bagi masalah kekurangan vitamin, terutamanya kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi. Kandungan zat yang tinggi dalam daun dan buahnya membantu ibu hamil atau ibu menyusu mendapat zat tambahan. 


Sumber: Wikiwand

5. Melindungi hati

Moringa mengandungi kepekatan polyfenols yang tinggi dalam daun dan bunga. Ia berfungsi  melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan, dan kerosakan. Minyak moringa juga boleh memulihkan enzim hati kepada tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif serta meningkatkan kandungan protein dalam hati.

 6. Melawan radikal bebas

Moringa mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polyfenols, dan asid ascorbik dalam daun, bunga, dan benih. Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan  molekul yang menyebabkan tekanan oksidatif, kerosakan sel atau keradangan.


Sumber: Wikiwand

 7. Melawan keradangan

Radang atau inflammation berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi badan terhadap jangkitan atau kecederaan. Ianya perlu sebagai satu mekanisme pertahanan badan. Namun begitu, masalah akan timbul apabila radang ini berterusan untuk tempoh yang lama. Kajian membuktikan bahawa daun, buah dan biji moringa dapat mengurangkan kesan keradangan ketara dalam sel.

8. Menstabilkan tekanan darah

Daun moringa dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan. Hal ini kerana tekanan  tinggi boleh menimbulkan banyak risiko, termasuklah penyakit jantung yang membahayakan kesihatan seseorang.

9. Membantu sistem penghadaman

Daun moringa mempunyai sifat antimikrob dan antibakteria yang dapat melawan jangkitan. Ia berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran darah dan kencing serta masalah penghadaman. 

10. Menyokong kesihatan otak


Moringa berperanan menyokong kesihatan otak dan fungsi kognitif. Kandungan vitamin E dan vitamin C dapat melawan pengoksidaan yang membawa kepada kemerosotan neuron. Ia juga mampu menstabilkan neurotransmitters serotonin, dopamine dan noradrenalin dalam otak manusia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Suzyhoney

Kenali Pokok Sambung Nyawa Serta Petua Penyediaan Rawatan Sakit Darah Tinggi dan Bisul

Pokok Sabung nyawa (atau akar sebiak) merupakan tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubat. Biasanya ia dimakan sebagai ulam.



Sumber: Wikiwand

Khasiat dan Cara Penyediaan Sebagai Ubat Diabetes

  • Gunakan 7 lembar daun sambung nyawa yang masih segar.
  • Cuci dan bilas dengan air matang.
  • Makan daun tadi bersama dengan nasi.
  • Lakukan dua kali sehari masing-masing tujuh lembar daun.


Sumber: Wikiwand

Khasiat dan Cara Penyediaan Sebagai Ubat Darah Tinggi

  • Gunakan 7 lembar daun sambung nyawa.
  • Cuci bersih kemudian dimakan sehari sekali.
  • Boleh juga ditumis atau dikukus sebentar sebelum dimakan atau dibuat jus.
  • Amalkan secara rutin.

Khasiat dan Cara Penyediaan Sebagai Ubat Bisul

  • Tumbuk hingga halus beberapa lembar daun sambung nyawa.
  • Tambah bersama kapur sirih.
  • Kemudian sapu pada bisul.


Khasiat dan Cara Penyediaan Sebagai Ubat Kolesterol 

  • Gunakan tiga lembar daun sambung nyawa segar untuk dibuat jus atau dimakan.
  • Amalkan setiap hari secara teratur.

 
Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand