Saturday

Khasiat Cengkih - Belajar Cara Penyediaan dan Penggunaan Bagi Merawat Penyakit

Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.

Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8-12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

Di indonesia khususnya provinsi Sulawesi Utara, cengkih menjadi salah satu komoditi hasil pertanian utama.



Sumber: Warisan Petani

Penanaman Pokok Cengkih
Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm dan suhu 15° - 38 °C. Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit.

Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Biasanya anak-anak benih ditanam 1.5 hingga 2 tahun di ladang dengan jarak 5m. antara pokok. Hasil yang pertama boleh dipungut apabila pokoknya berumur tujuh atau lapan tahun. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun. Biasanya hasil setiap tahun bagi satu pokok ialah 2.7 kg.


Sumber: Warisan Petani

Kegunaan Cengkih
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok. 

Cengkih digunakan untuk mengubati beberapa penyakit. Ia di ambil untuk membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisma tubuh mampu meningkat. 

Dalam pengubatan China, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan. Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan stress. Cengkih bersifat antiseptic dan berfungsi mengurangi rasa sakit gigi, digunakan dalam bentuk minyak untuk di titiskan kebahagian rongga gigi yang sakit. 

Khasiat Cengkih
Cengkih merupakan salah satu rempah yang sering digunakan sebagai perencah masakan. Mampu membuat masakan menjadi lebih wangi. Meskipun bentuknya kecil namun khasiatnya sangat besar, termasuk dapat meredakan sakit gigi. Cengkih tidak hanya dibuat minyak, ia boleh dijadikan dalam bentuk serbuk, jika dijilat atau dimakan sedikit dipercaya dapat melega rasa mual dan sakit perut. Minyak pati cengkih mempunyai fungsi sebagai anastetik dan antimikroba. 

Dapat diguna untuk menghilang bau nafas dan melegakan sakit gigi. Zat eugenol digunakan oleh doktor gigi untuk menenangkan saraf gigi, selain itu mengatasi gangguan pencernaan, muntah-muntah, sakit perut, mual, sakit dada, batuk, perut mulas sewaktu haid, sakit sendi, kekejangan, Kolera, Menghitamkan alis mata, Meningkat denyutan Jantung dan Campak.

Pengunaan Cengkih Bagi Kolera dan Meningkat Denyutan Jantung
Bahan: Bunga cengkih yang sudah kering 

Cara: Dikunyah, dihisap airnya, dilakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuat lender usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.

Pengunaan Cengkih Bagi Merawat Campak
Bahan: 10 Biji bunga cengkih dan gula batu 

Cara: Bunga cengkih direndam dalam air masak semalam, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau rata. Diminum sedikit demi sedikit


Sumber: Warisan Petani

Pengunaan Cengkih Bagi Sakit Gigi
Selain mengurangi rasa sakit pada gigi dan gusi, cengkih juga mengurangi infeksi kerana sifat antiseptik. Selain itu, minyak cengkih juga bermanafaat mengurangi rasa sakit gigi berlubang. 

Cara: Rebus segelas air, kemudian tambahkan beberapa butir cengkih. Setelah ramuan tersebut dingin, berkumurlah secara perlahan.

Pengunaan Cengkih Bagi Merawat Batuk
Gejala batuk berkahak juga boleh ditangani dengan pengambilan cengkih. 

Cara: 
Ambil beberapa butir cengkih dan sejemput garam dapur. Kemudian kunyahlah kedua-duanya secara bersama. Cara ini dapat memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada tenggorok


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot