Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika selatan, Amerika tengah dan India barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam , kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
Sumber: Wikiwand
Cara Rawatan Bagi Merawat Kanser Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon (usus besar) , kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya,
Pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum,
Kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari
Ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman the selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindak balas sel kanser terhadapnya.
Sumber: Wikiwand
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan
Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh di kawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesies berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar di sesetengah tempat. Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.
Sumber: Wikiwand
Cara Rawatan Untuk Masalah Cirit Birit Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap) . Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampuri dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah. Cara Rawatan Untuk Masalah Penyakit Keputihan Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air.
Sumber: Wikiwand
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan
Biji sawi adalah biji kecil bulat daripada pelbagai pokok mustard. Bijinya pula biasanya berdiameter kira-kira 1 hingga 2 milimeter (0.039 hingga 0.079 in) dan boleh berwarna dari putih kekuningan kepada warna hitam. Ia adalah herba penting dalam banyak makanan serantau dan boleh datang dari salah satu daripada tiga tumbuhan yang berbeza: sesawi hitam (Brassica nigra), sesawi India perang (B. juncea), atau sesawi putih (B. hirta/Sinapis alba).
Sumber: Wikiwand
Kegunaan Biji Sawi Ciri-ciri biji sawi yang bersifat pedas dan panas menyebabkan ia digunakan sebagai rempah untuk masakan sayur ikan dan daging. Dari segi perubatan pula, biji sawi mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan boleh menjadi penawar untuk :
Sumber: Wikiwand
1. Memanaskan tubuh badan 02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut 03. Mengeluarkan cacing daripada perut 04. Mengelakkan bengkak limpa 05. Mengikis kudis bernanah 06. Merangsang nafsu syahwat 07. Mengelakkan sesak nafas 08. Menambah selera makan 09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa 10. Membersihkan paru-paru 11. Melancarkan pengaliran darah haid 12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat 13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha 14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat 15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak 16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa 17. Jika dicampuri dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh
Sumber: Wikiwand
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan
Pokok Selasih adalah sejenis pokok ulam saka yang terdapat di kawasan beriklim tropika. Pokok Selasih berasal dari India dan sekitarnya. Nama botaninya Ocimum basilicum.
Sumber: Wikiwand
Kegunaan Daun Selasih Daun selasih antara herba yang mempunyai bau wangi yang tersendiri. Kebiasaannya dimakan mentah dan digunakan sebagai penyedap makanan. Ia mengandungi antiseptik dan boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit. Mampu menghilangkan stres dan menolong memperkuatkan hati.
Sumber: Wikiwand
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan