Sunday

Tanaman Buah Kuini vs Buah Mangga - Yang Mana Kesukaan Anda?

Pokok kuini adalah pokok buah-buahan bermusim yang berbuah setahun sekali mengikut musim buah-buahan. Manakala pokok mangga adalah pokok buah-buahan bermusim yang berbuah mengikut musimnya yang tersendiri.

Sumber: Warisan Petani

Pokok dan Buah Kuini
Kuini, nama saintifiknya ialah Mangifera odorata merupakan spesies tumbuhan dalam keluarga Anacardiaceae dan menyerupai mangga. Kuini terdapat di Guam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani



Pokok dan Buah Mangga
Mangga ataupun Pauh merupakan satu genus Mangifera tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitamin A, B dan C. Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa yang sedikit masam.

Sumber: Warisan Petani

Tekstur isi buah mangga amat berbeza-beza antara kultivar-kultivar yang berlainan; sesetengah buah mempunyai tekstur yang lembut dan benyek seolah-olah buah plum yang terlalu masak, sedangkan yang lain mempunyai isi yang lebih pejal serupa dengan tembikai wangi atau buah avokado. Isi buah sebilangan kultivar juga boleh mengandungi serabut. Buah mangga mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan, walaupun agak leceh dan kotor.

Berbudi kepada tanah pasti mendatangkan hasil. 


Salam bertani.

Sumber rujukan: Warisan Petani dan Wikiwand

Teh Serai Luar Biasa - Ketahui Cara Penyediaannya

Dah hampir 1 jam berpusing dipasaraya. Masih tak jumpa teh yang bersesuaian buat detokaifikasi. 

Tak usah risau, cuba kita tengok dilaman rumah atau laman jiran, jika ada akar serai dan daun pandan. Kalau ada dirumah jiran, kita harus minta izin, lalu kita petik daun pandan dan kuis akar serai dan bersihkan.


Sumber: Wikiwand

  1. Setelah bersih, ambil 1 potong akar serai ambil bahagian putih sahaja.
  2. Manakala untuk daun pandan, ambil 1 helai daun pandan dipotong pendek sesuai dengan size periuk masakkan anda didapur. 
  3. Lalu, direbus bersama 2 cawan air. Dan direbus sehingga air rebusan tersejat menjadi 1 cawan air sahaja. In Shaa Allah aroma air rebusan ini juga bakal menenangkan anda.
  4. Hidangkan bersama satu sudu teh gula merah atau sedikit stevia jika anda suka manis-manis. Boleh diambil 2 kali seminggu. 



Nota kaki: Bukan gantian ubat doktor. Jika tekanan darah rendah harus mendapatkan konsultasi dari Doktor atau Pakar Kesihatan.


Sumber rujukan: Dr Zaidul Akhbar dan Wikiwand

Konsum Buah Ini Jika Ingin Bahagia

Pisang? Iya pisang. Kita selalu nampak buah ni dipasaraya. Tetapi jarang diantara kita yang beli.

Buah Pisang Mengandungi Serotonin Yang Tinggi
Buah pisang mempunyai kandungan serotonin yang begitu tinggi. 

Serotonin yang diserap usus itu sekali gus, merangsang kelenjar didalam tubuh badan manusia menghasilkan hormon serotonin atau hormon bahagia.



Sumber: Wikiwand

Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan
Yang terbaik kita mengkonsumi pisang yang 'overriped' atau sudah mulai masak dan masak sehingga timbul binti-bintik hitam dikulitnya. Maka, pisang-pisang seperti mempunyai agen TNF yang bisa membunuh sel kanser. Allah menciptakan pisang ini sangat berkhasiat dari isi hingga ke kulitnya. 

Sebaiknya pilih pisang organic supaya kulitnya bisa di makan dalam bentuk smoothies.

Sebaiknya konsumi pisang dalam bentuk smoothies dipagi hari bersama avocado, kurma ajwa dan secawan air kelapa sebagai sarapan. 

In Shaa Allah meningkatkan hormon serotonin dalam tubuh badan.

Sumber: Wikiwand

Sumber rujukan: Dr Zaidul Akhbar dan Wikiwand

Saturday

Kenali Perbezaan Pokok Letup-Letup Bulu dan Pokok Letup-Letup Kelambu

Pokok Letup-Letup Bulu mengeluarkan buah yang boleh dimakan apabila matang. Apabila matang buahnya akan bertukar daripada hijau kepada kuning dan rasanya adalah masam-masam manis seperti buah markisa. 

Sumber: Warisan Petani

Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan
Pucuk letup-letup ini boleh dijadikan sayuran atau ulaman dan pokok ini sebenarnya mempunyai khasiat perubatan yang pernah diamalkan oleh orang-orang zaman dahulu.

Sumber: Warisan Petani

 
Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani


Pokok Letup-letup Kelambu
Terdapat sejenis lagi pokok letup-letup yang dipanggil Letup-Letup Kelambu. Keseluruhan pokok dan buahnya berbeza daripada pokok Letup-Letup bulu. Ia dari jenis pokok renek dan buahnya diselaputi penutup yang dipanggil kelambu. Buah Letup-Letup Kelambu juga boleh dimakan dan pokoknya merupakan tumbuhan herba yang mengandungi pelbagai khasiat perubatan.

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Generasi sekarang mungkin ramai yang tidak pernah melihat pokok letup-letup bulu dan letup-letup kelambu apatah lagi merasai kelazatan buahnya. Diharapkan suatu masa nanti pokok letup-letup liar ini akan ditanam secara komersial kerana mempunyai pelbagai khasiat perubatan.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Friday

Kenali Pokok Buah Cermai - Yang Seakan-Akan Pokok Belimbing Buluh Dan Dijadikan Jeruk

Pokok cermai kurang berdahan seakan-akan pokok belimbing buluh. Anak pokok cermai  tumbuh sendiri melalui biji benih di bawah pokok induk dan diubah ke tempat lain yang sesuai. Pokok cermai mula berbuah lebat apabila berumur empat tahun dan ia tergolong dalam jenis  buah-buahan tidak bermusim.

Sumber: Warisan Petani

Buah Cermai
Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama dengan garam dan rasanya sangatlah masam. Buah cermai sesuai dibuat jeruk buah campuran  atau halwa untuk mengelakkan rasa masamnya. Ia juga boleh dijadikan jus minuman.  Buah mudanya  boleh dijadikan ramuan sambal belacan. Pucuk daun cermai boleh dibuat ulam tetapi rasanya agak kemasaman dan kelat.

Sumber: Warisan Petani

Dikatakan Mengandungi Anti Oksidan
Buah cermai dikatakan mengandungi antioksidan yang boleh mencegah diabetis dan kadar kolesterol dalam darah. Ia juga mengandungi bahan antikanser, bahan serat dan kaya dengan vitamin C. 

Sumber: Warisan Petani

Biji buah cermai digunakan untuk mengatasi sembelit dan penyakit asma. Manakala daun pokok cermai digunakan untuk mengubati penyakit kulit, darah tinggi, melangsingkan tubuh, melawaskan pembuangan air besar dan mengurangkan batuk.

Sumber: Warisan Petani

Pokok cermai tidaklah begitu besar dan sesuai ditanam berdekatan rumah. Tanamlah pokok cermai sebagai tanaman hiasan dan untuk mendapatkan manfaat herbanya.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Wednesday

Kenali Pokok Tenggek Burung - Dikenali Juga Sebagai Pokok Cabang Tiga atau Tapak Itik Yang Banyak Khasiat

Pokok Tenggek Burung (dikenali juga sebagai pokok cabang tiga atau tapak itik) merupakan salah satu tanaman yang terdapat di kebun "Warisan Petani". Pokok tenggek burung pada asalnya adalah pokok liar yang tumbuh di kebun getah tua. Apabila kebanyakan pokok getah mati akibat serangan cendawan akar, pokok tenggek burung mengambil alih memenuhi kawasan tersebut.

Senang Membiak
Pokok ini hanya perlu sekali sekala dibaja untuk mengekalkan kesuburannya. Ia senang membiak melalui biji benih dan ada juga yang tumbuh melalui akarnya. Selain mengambil pucuknya sebagai ulaman, pokok ini perlu dipangkas supaya tidak terlalu tinggi. Jika dibiarkan Pokok Tenggek Burung boleh menjadi besar dan tinggi dan menyukarkan kita untuk menuai pucuknya. Pokok yang selalu dituai atau dipangkas lebih kerap mengeluarkan pucuk muda.

Dijadikan Ulaman Bersama Sambal Belacan
Pucuk Pokok Tenggek Burung biasanya dijadikan ulaman bersama sambal belacan dan dimakan dengan nasi. Ia juga boleh dijadikan ramuan nasi ulam dan nasi kerabu. Rasanya lemak dan sedikit kelat.



Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Ulaman Pucuk Tenggek Burung
Ulaman Pucuk Tenggek Burung dikatakan mengandungi pelbagai khasiat kesihatan. Ia dapat mencegah serangan darah tinggi serta melancarkan peredaran darah. Ia juga dapat menyegarkan badan dan menghilangkan rasa lenguh-lenguh selepas penat bekerja. 

Ulaman Pucuk Tenggek Burung juga mempunyai nilai perubatan untuk wanita lepas bersalin dan kaum lelaki juga.

Makanlah ulaman Pucuk Tenggek Burung kerana ianya tidak dicemari oleh racun serangga dan hidup secara organik.

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Kenali Pokok Belinjau - Pokok Hidup Di Zaman Purba Yang Dijadikan Kerepek

Pokok Belinjau, juga dikenali sebagai Pokok Belingar, ialah salah satu spesies Gnetum yang berasal dari Asia Tenggara dan pulau-pulau Lautan Pasifik barat, iaitu dari Assam selatan dan timur merentasi Malaysia dan Indonesia sehingga ke Filipina dan Fiji. Nama saintifiknya Gnetum gnemon.

Sumber: Warisan Petani

Hidup di Zaman Purba
Berlainan dengan kebanyakan spesies Gnetum yang lain yang merupakan pokok akar, Pokok Belinjau ialah pokok yang kecil hingga sederhana sehingga 15-20 meter tingginya.

Daunnya malar hijau, bertentangan, dengan 8-20 sentimeter panjangnya dan 3-10 sentimeter lebarnya. Warnanya kuning gangsa ketika muda, tetapi menjadi hijau tua yang kilat ketika matang. Pokok Belinjau tidak menghasilkan sebarang bunga dan buah sejati kerana pokok ini bukannya tumbuhan angiosperma. Strobilusnya yang seakan-akan buah tidak melebihi kulit serta biji yang besar bak kekeras, dengan panjangnya 2-4 sentimeter.

Pokok belinjau tergolong dalam kumpulan gimnosperma, iaitu pokok yang hidup di zaman purba.

Sumber: Warisan Petani

Dijadikan Kerepek Binjai
Pokok Belinjau jarang ditanam secara intensif. Kayunya dapat digunakan sebagai bahan papan. Daun yang muda, "bunga" (baik jantan mahupun betina) dan bijinya (baik yang muda mahupun yang sudah masak) boleh digunakan sebagai sayur (misalnya sebagai sayur ulam). Biji belinjau boleh dikisar menjadi tepung dan digoreng menjadi emping atau ditumbuk dan dijadikan kerepek binjai.

Sumber: Warisan Petani

Sebagai sumber makanan, biji belinjau mengandungi kadar urea yang agak tinggi dan oleh itu, tidak sesuai dimakan pada jumlah yang banyak terutama bagi mereka yang menghadapi masalah gout.

Sumber: Warisan Petani

Khasiat
Pucuk dan buah muda belinjau mengandungi khasiat makanan yang agak tinggi, terutama vitamin A dan vitamin C. Dalam setiap 100 gram (g), bahagian yang boleh dimakan mengandungi: Air 75.1 (miligram) mg, protein 6.6 g, lemak 1.2 g, karbohidrat 9.1 g, serat 6.8 g, kalsium 151 mg, fosforus 224 mg, ferum 2.5 mg, vitamin A 10889 I.U. Niasin 1.2 mg dan vitamin C 121 mg.

Pucuknya Enak Dimasak Lemak
Pokok belinjau ditanam untuk mendapatkan pucuk daun mudanya yang boleh dijadikan sayuran. Ia merupakan sayuran kampung yang bebas dari bahan kimia kerana hidup secara semulajadi. Pucuknya enak dimasak lemak atau masak air dicampur dengan tempe.

Bahan Belinjau Boleh Dimakan
Buah Belinjau juga boleh dimakan. Buah yang muda boleh dijadikan sayuran dimasak bersama pucuknya atau dimasak kari bersama daging. Buah yang muda berwarna hijau dan akan bertukar menjadi merah apabila matang. Buah yang matang boleh dijadikan kerepek atau emping. Ia juga enak dimakan dengan merebusnya sahaja seperti merebus buah kacang tanah. Buah belinjau mempunyai satu lapisan kulit yang keras, jadi perlu direbus agak lama dengan api yang kecil sahaja. Isinya agak keras serta kenyal dan tidak boleh empuk. Rasanya sangat enak, lemak dan sedikit pahit.

Sumber: Warisan Petani

Penanaman Pokok Belinjau
Penanaman pokok belinjau adalah dengan menggunakan anak benih yang boleh disemai melalui buah yang matang. Peratus percambahannya sangat rendah dan pertumbuhan anak benih sangat lambat. Anak benih juga boleh tumbuh dari akarnya yang menjalar di permukaan tanah.

Terdapat pokok belinjau jantan dan pokok belinjau betina. Kedua-duanya akan mengeluarkan putik apabila matang tetapi hanya putik pokok belinjau betina sahaja yang menjadi buah manakala putik pokok belinjau jantan akan gugur semuanya.


Sumber: Warisan Petani

Pokok belinjau adalah pokok berkayu yang mempunyai batang utama dan banyak dahan-dahan kecil.  Sekiranya tidak dipangkas ia boleh menjadi pokok yang besar dan tinggi. Pokok belinjau tidak sesuai dipanjat kerana mempunyai dahan-dahan yang rapuh dan mudah sekah.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Tuesday

Kenali Pokok Petola - Dibiar Matang dan Dikeringkan Sebagai Span Mandian

Petola atau juga dikenali sebagai petola segi (nama sains: Luffa acutangula) merupakan buah dalam kategori sayuran hijau. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Luffa atau Loofah/Lufah (dari bahasa Arab لوف) dan merupakan tumbuhan tropika dan sub tropika menjalar tahunan yang terdiri dari genus Luffa. Buah dari dua spesies, L. acutangula dan L. aegyptiaca, ditanam untuk dituai sebelum buah matang dan dimakan sebagai sayuran, dan popular dalam masakan Asia dan Afrika.


 
Sumber: Wikiwand

Dibiar Matang dan Dikeringkan Sebagai Span Mandian
Buah L. aegyptiaca juga sering dibiar matang dan dikeringkan sebagai span mandian atau di dapur selepas diproses bagi meninggalkan hanya jaringan xilem. Versi ini dikenali sebagai Lifah dalam bahasa Arab, ভোল bhol dalam bahasa Assamese, dhundul dalam bahasa Bengali, ghiya tori atau nerua dalam Hindi atau "peerkankai" dalam bahasa Tamil atau "beera kaya" dalam bahasa Telugu.

Sumber: Wikiwand

Digunakan Sebagai Berus Badan
Span Loofah digunakan sebagai berus badan. Kedua span kasar dan lembut dikenali sebagai Luffa atau Loofah.

Sumber: Wikiwand


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand

Kenali Pokok Kenanga - Pokok Klasik Ini Telah Ditanam Sejak Zaman Dahulu

Pokok Kenanga ditanam kerana bunganya yang menarik dan berbau harum serta kekal lama. Pokok klasik ini telah ditanam sejak zaman dahulu kerana bunganya  mengandungi  khasiat perubatan herba dan kegunaannya yang pelbagai.

Bunga pokok Kenanga berwarna hijau semasa muda dan menjadi kuning apabila matang. Bunganya digunakan sebagai ramuan mandian  untuk mengurangkan bau badan. 

Dijadikan Bahan Utama Dalam Bunga Rampai
Ia juga dijadikan bahan utama dalam membuat bunga rampai kerana baunya yang harum. Disamping itu bunga pokok Kenanga banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk meredakan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Bunga kenanga juga dijadikan bahan utama untuk menghasilkan minyak wangi dan produk kecantikan.


Sumber: Warisan Petani

Ditanam Sebagai Tanaman Hiasan
Pokok Kenanga yang biasa ditanam sebagai tanaman hiasan di sekitar rumah adalah tumbuhan renek berkayu yang sesuai ditanam di atas tanah atau di dalam pasu. Untuk mengawal pembesarannya, ia perlu dipangkas selalu. Pemangkasan juga dapat menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang akan mengeluarkan lebih banyak bunga. Pokok Kenanga renek tidak berbuah, jadi ia boleh dibiakkan dengan kaedah tut/markot.

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

 
Sumber: Warisan Petani


Pokok Kenanga renek merupakan tanaman hiasan tradisional yang perlu ada di persekitaran rumah kita. Walau pun kita tidak lagi memanfaatkan khasiat herbanya, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan kepupusannya.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Kenali Pokok Kacang Botor - Yang Amat Berguna Kerana Hampir Semua Bahagian Tumbuhan Ini Boleh Dimakan:

Kacang Botor, kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang (Inggeris: winged bean atau Goa bean) ialah tumbuhan kekacang tropika yang dikatakan berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklim tropika lembap dengan hujan lebat dan oleh itu, banyak terdapat di kawasan khatulistiwa dari Filipina, Indonesia, Myanmar, hinggalah ke India, dan Sri Lanka.



Sumber: Warisan Petani

Morfologi
Ia adalah tumbuhan memanjat separa berkayu, batang berbentuk silinder, licin tanpa bulu, liat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar perang setelah tua. Daun jenis majmuk trifoliat, susunan berselang-seli, tangkai panjang, halus. Anak daun bersaiz sederhana, berbentuk bujur dengan hujung menirus, nipis, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang, tepi rata. Bunga majmuk, bersaiz sederhana, kelopak berwarna ungu, terdapat 1-10 kuntum dalam 1 jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Buah memanjang, bersegi empat dengan sayap di setiap sisi, sepanjang tepi sayap bergerigi kecil, berwarna hijau ketika muda bertukar coklat apabila tua, mengandungi banyak biji benih di tengahnya. Biji sederhana besar, berwarna hijau ketika muda, coklat kehitaman apabila telah tua, berbentuk bulat membujur, keras seperti biji kacang soya.

Sumber: Warisan Petani

Kandungan
Buah kacang muda mengandungi 1-3% protein dan kaya dengan mineral besi, kalsium dan vitamin A. Rangting ubi pula mengandungi 8-10% protein, 30% karbohidrat, banyak fosforus dan kalsium. Daunnya mengandungi 5-7% protein dan banyak mineral, vitamin A dan C. Manakala bij masak mengandungi 11% air, 33% protein, 32% karbohidrat, 16% lemak dan 5% serat. Kandungan asid amino dalam kacang botor seakan-akan kacang soya tetapi kacang botor mengandungi lebih lisin dan leusin. Minyak kacang botor seakan-akan minyak kacang tanah, 67% minyak kacang botor adalah asid linoleik dan asid oleik. Kandungan tokoferol dalam minyak kacang botor juga adalah tinggi. Bahan lain dalam minyak kacang botor yang sederhana banyak ialah fosforus, kalsium, zink, sedikit mineral lain, sederhana banyak tiamina dan riboflavin.

Penanaman
Pokok kacang botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa yang lain. Ia ialah tumbuhan herba saka dengan tempoh pengeluaran optimum di antara tiga hingga empat tahun, tetapi juga boleh ditanam sebagai pokok semusim mengikut kegunaan penanamannya.

Pokok kacang botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik, dengan penodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan banyak baja nitrogen tetapi masih memerlukan baja lain seperti fosforus dan kalium.


Sumber: Warisan Petani

Sebagai pokok tropika, ia amat peka akan fros. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benihnya mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu percambahan, biji benih boleh direndam sebelum menanam. Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam hanya tempoh beberapa minggu sahaja.

Ia ditanam secara biji dan akan bercambah antara 5-7 hari selepas disemai, bergantung kepada varieti. Lebih kurang dua bulan setengah selepas disemai, ia akan mula berbunga, tetapi ada jenis baka yang berbunga selepas lima bulan ia ditanam. Buah kacang botor mencapai panjang maksimum dalam masa 20 hari selepas berbunga dan masih lembut ketika itu, serta sesuai dijadikan sayur. Ia matang dalam masa 65 hari selepas berbunga.


Sumber: Warisan Petani

Khasiat
Pokok kacang botor amat berguna kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan: 
  • Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.
  • Buah yang muda dan lebut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabut atau jenis makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk asparagus.
  • Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.
  • Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun bayam.
  • Ubinya yang mempunyai perisa seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai sayur berubi dan ia hampir serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya protein berbanding ubi kentang. Ia amat digemari di Papua New Guinea dan juga amat popular di negara Myanmar sebagai juadah makanan.
  • Biji yang masak telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi banyak protein seperti kacang soya. Biji kacang botor boleh diproses seperti kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau diminum.



Perubatan
Daun kacang botor boleh dibuat teh dan sesuai digunakan sebagai ubat pencuci mata yang bengkak serta bisul dan kudis.[perlu rujukan] 

Daun ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul. 


Sumber: Warisan Petani

Daun dan biji kacang botor dimasak dan dimakan untuk mengubati penyakit kulit seperti bisul dan ulser. Manakala akar direbus dan diminum untuk merawat penyakit vertigo.



Sumber: Warisan Petani

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Monday

Kenali Pokok Lempuyang - Antara Tumbuhan Herba yang Mempunyai Pelbagai Khasiat Kesihatan dan Perubatan.

Pokok Lempuyang merupakan salah satu tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan perubatan. Pokok Lempuyang sama seperti pokok halia, kunyit atau temulawak. 

Pokok Lempuyang mengandungi umbisi yang menjalar di dalam tanah dan mengeluarkan rizom sebagai anak pokok. Ia hidup secara berumpun dan mudah dbiakkan melalui keratan umbisi atau pecahan rumpun.

Bahagian Lempuyang yang bermanfaat ialah umbisinya yang boleh dituai seperti halia atau kunyit. 

Umbisi Lempuyang  berwarna kuning muda dan diselaputi satu lapisan kulit nipis berwarna kelabu.

Jus Umbisi
Jus umbisi boleh didapati dengan cara menghancurkannya menggunakan lesung, sagat, parut atau diblender saja. Rasanya sangat pahit.



Sumber: Warisan Petani

Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan
Masyarakat Jawa menggunakan umbisi Lempuyang sebagai salah satu bahan asas membuat jamu terutama untuk kegunaan wanita lepas bersalin. 

Meminum jus Lempuyang dikatakan dapat menambahkan selera makan, dapat menanbahkan darah dan menyegarkan badan. 


Sumber: Warisan Petani

Jus lempuyang juga dijadikan ubat cacing, ubat batuk, sakit perut dan buasir. Lempuyang juga digunakan sebagai pereda kesan alergi makanan dan gatal-gatal kulit. 

Kaum ibu pada zaman dahulu meminum jus lempuyang untuk mengurangkan kesuburan bertujuan menjarakkan kehamilan.


Rizom Lempuyang
Sumber: Warisan Petani

Banyak lagi khasiat yang boleh didapati daripada tanaman herba lempuyang. Sekarang sudah ada produk lempuyang dalam bentuk kapsul yang lebih mudah digunakan.


Sumber: Warisan Petani



Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot