Monday

Kenali Pokok Lempuyang - Antara Tumbuhan Herba yang Mempunyai Pelbagai Khasiat Kesihatan dan Perubatan.

Pokok Lempuyang merupakan salah satu tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan perubatan. Pokok Lempuyang sama seperti pokok halia, kunyit atau temulawak. 

Pokok Lempuyang mengandungi umbisi yang menjalar di dalam tanah dan mengeluarkan rizom sebagai anak pokok. Ia hidup secara berumpun dan mudah dbiakkan melalui keratan umbisi atau pecahan rumpun.

Bahagian Lempuyang yang bermanfaat ialah umbisinya yang boleh dituai seperti halia atau kunyit. 

Umbisi Lempuyang  berwarna kuning muda dan diselaputi satu lapisan kulit nipis berwarna kelabu.

Jus Umbisi
Jus umbisi boleh didapati dengan cara menghancurkannya menggunakan lesung, sagat, parut atau diblender saja. Rasanya sangat pahit.



Sumber: Warisan Petani

Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan
Masyarakat Jawa menggunakan umbisi Lempuyang sebagai salah satu bahan asas membuat jamu terutama untuk kegunaan wanita lepas bersalin. 

Meminum jus Lempuyang dikatakan dapat menambahkan selera makan, dapat menanbahkan darah dan menyegarkan badan. 


Sumber: Warisan Petani

Jus lempuyang juga dijadikan ubat cacing, ubat batuk, sakit perut dan buasir. Lempuyang juga digunakan sebagai pereda kesan alergi makanan dan gatal-gatal kulit. 

Kaum ibu pada zaman dahulu meminum jus lempuyang untuk mengurangkan kesuburan bertujuan menjarakkan kehamilan.


Rizom Lempuyang
Sumber: Warisan Petani

Banyak lagi khasiat yang boleh didapati daripada tanaman herba lempuyang. Sekarang sudah ada produk lempuyang dalam bentuk kapsul yang lebih mudah digunakan.


Sumber: Warisan Petani



Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot