Saturday

Ada Apa Pada Gelam Tikus? Ketahui Khasiat Dan Kegunaan Pokok Ini

Gelam tikus merupakan sejenis tumbuhan liar yang juga merupakan ulam yang digemari di kampung-kampung kerana rasanya yang enak . Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Myrtaceae ini berkongsi keluarga dengan 1100 spesis tumbuhan lain. Tumbuhan dari keluarga ini asalnya daripada Afrika dan Madagaskar namun kini telah beradaptasi dan menjadi tumbuhan asli di kawasan Asia. Kebanyakan spesis dari keluarga ini masih ditidak dikenali dan amat sedikit maklumat mengenai taksonomi tumbuhan daripada keluarga ini. antara tumbuhan dalam keluarga yang sama yang boleh dimakan dan biasa dijumpai di Malaysia ialah kerian, samak dan salam (serai kayu) .

Sumber: Wikiwand

Buah gelam tikus berwarna putih dan berbentuk beri. Pucuknya yang muda berwarna merah jambu dan sedap dijadikan ulam. Gelam tikus mempunyai batang berkayu dan merupakan tumbuhan dari kategori tumbuhan renek (pokok kecil) . Habitat semula jadinya selalunya di kawasan semak yang lapang dan biasanya dijumpai tumbuh liar di pinggir sawah padi. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan dari keluarga sama dengan tumbuhan landskap yang popular iaitu kelat paya. 

Dengan kadar pertumbuhan dan kerimbuhan yang sama. jadi ia juga merupakan tumbuhan yang amat sesuai untuk dijadikan tumbuhan pagaran. Gelam tikus membiak melalui 2 cara pembiakan yang utama iaitu keratan batang dan biji benih. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang tahan lasak dan senang dijaga.

Kegunaan
Sebagai tumbuhan ulam dan pagaran

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Ada Apa Pada Pokok Sukun? Ketahui Khasiat dan Cara Menanam Pokok Ini

Pokok sukun merupakan salah satu pokok buah-buahan tidak bermusim yang banyak ditanam di negara kita. Pokok sukun merupakan pokok saka yang boleh menjadi besar dan tinggi sekiranya tidak dipangkas dan akan menyukarkan kita untuk mengutip hasilnya. Ia mengeluarkan bunga jantan dan betina pada satu pokok dan bunga betinanya yang akan menjadi buah sukun. Keseluruhan bahagian pokok sukun mengandungi cecair getah berwarna putih.

Buah sukun tidak menghasilkan biji benih, oleh itu ia tidak dibiakkan melalui biji benih. Pembiakan pokok sukun biasanya melalui keratan akar yang akan menghasilkan anak benih dan seterusnya disemai ke dalam polibeg. Pokok sukun boleh juga dibiakkan melalui cantuman mata tunas menggunakan anak pokok terap sebagai pokok penanti. Biji benih buah terap disemai dalam polibeg, dan dilakukan cantuman mata tunas sukun pada anak pokok terap tersebut.


Sumber: Wikiwand

Buah Sukun Digoreng
Hasil pokok sukun yang utama ialah buah sukun. Buah sukun yang matang biasanya digoreng seperti pisang goreng. Ia juga boleh direbus atau pun dimasak sebagai sayuran. Buah sukun boleh dijadikan kerepek sukun tetapi kerepek sukun tidak boleh disimpan lama seperti kerepek buah-buahan lain kerana ia cepat keras. Buah sukun yang terlalu matang akan menjadi lembik, biasanya boleh dibuat jemput-jemput (cekodok sukun).

Sumber: Wikiwand

Cara Penanaman Pokok Sukun Ini
Manakala bagi merawat demam, selesema dan gatal tekak pula, memadai dengan merendam beberapa helai daunnya yang segar ke dalam segelas air panas dan diminum perlahan-pahan selepas airnya suam. Bagaimanapun anda dinasihatkan agar jangan mengambilnya terlalu kerap. Di Malaysia, ada dua jenis pokok sukun iaitu sukun berbiji (sukun hutan) dan sukun tidak berbiji (ditanam secara komersil).

Bahan tanaman sukun biasanya diperolehi dari sulur akar pokok (terbaik), bagaimanapun untuk pengeluaran komersial benih diperolehi dari tut, keratan dan cantuman dan jarang-jarang dari biji.

Anak benih di masukkan dalam lubang yang berukuran 30cm x 30cm x 20cm yang telah dibubuh baja asas dan bahan organan. Jarak tanaman disyorkan ialah 8 meter x 10 meter.

Pastikan pokok sukun mendapat cahaya metahari sepenohnya. Pokok sukun cepat membesar dan selepas 1 tahun mencapai ketinggian sehingga 7 meter.


Sumber: Wikiwand

Pembajaan pokok sukun menggunakan NPK 15:15:15 sebanyak 1 kilogram sepokok untuk tahun pertama dan baja organik.

Pastikan menabur baja dengan betul kerana pokok sukun mempunyai akar rambut dipermukaan tanah. Tabur sedikit diluar kanopi pokok.

Pokok berbuah selepas 1-2 tahun ditanam dan berikan baja 12:12:17:2 sebanyak 1-2 kg sepokok dan baja organik.

Antara masalah dihadapi dalam penanaman pokok sukun ialah serangan ulat pengorek batang yang mampu membunuh pokok sukun jika tidak dikawal.

Kawalan menggunakan racun kimia sistemik (pastikan buah tidak dikutip selepas menggunakan racun tersebut sehingga PHI tamat).

Ada petani membubuh Furadan 3G untuk kawalan, tetapi racun ini mempunyai kesan sisa baki dalam tanah.

Serangga perosak yang biasanya menyerang pokok sukun ialah Lalat Buah (Bactocera spp), Ulat Pengorek Buah dan juga Mati Rosot.

Pokok sukun juga mudah mati jika akar terendam dalam air melebihi 48 jam. Pastikan kebun mempunyai saliran yang baik.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan sentiasapanas.com