Saturday

Ada Apa Pada Gelam Tikus? Ketahui Khasiat Dan Kegunaan Pokok Ini

Gelam tikus merupakan sejenis tumbuhan liar yang juga merupakan ulam yang digemari di kampung-kampung kerana rasanya yang enak . Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Myrtaceae ini berkongsi keluarga dengan 1100 spesis tumbuhan lain. Tumbuhan dari keluarga ini asalnya daripada Afrika dan Madagaskar namun kini telah beradaptasi dan menjadi tumbuhan asli di kawasan Asia. Kebanyakan spesis dari keluarga ini masih ditidak dikenali dan amat sedikit maklumat mengenai taksonomi tumbuhan daripada keluarga ini. antara tumbuhan dalam keluarga yang sama yang boleh dimakan dan biasa dijumpai di Malaysia ialah kerian, samak dan salam (serai kayu) .

Sumber: Wikiwand

Buah gelam tikus berwarna putih dan berbentuk beri. Pucuknya yang muda berwarna merah jambu dan sedap dijadikan ulam. Gelam tikus mempunyai batang berkayu dan merupakan tumbuhan dari kategori tumbuhan renek (pokok kecil) . Habitat semula jadinya selalunya di kawasan semak yang lapang dan biasanya dijumpai tumbuh liar di pinggir sawah padi. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan dari keluarga sama dengan tumbuhan landskap yang popular iaitu kelat paya. 

Dengan kadar pertumbuhan dan kerimbuhan yang sama. jadi ia juga merupakan tumbuhan yang amat sesuai untuk dijadikan tumbuhan pagaran. Gelam tikus membiak melalui 2 cara pembiakan yang utama iaitu keratan batang dan biji benih. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang tahan lasak dan senang dijaga.

Kegunaan
Sebagai tumbuhan ulam dan pagaran

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan