Tuesday

Kenali Pokok Duit-Duit - Dan Lihat Kesannya Terhadap Beberapa Pokok

Pokok duit-duit merupakan tumbuhan parasit yang hidup melekat pada pokok lain. Dipanggil pokok duit-duit kerana daunnya tebal berbentuk bulat seperti duit syiling lima sen. Ada juga daunnya yang lebih nipis dan berbentuk tirus.

Pokok duit-duit adalah tumbuhan perosak kerana ia hidup di dahan pokok lain terutama pokok buah-buahan dan mengambil makanan daripada pokok tersebut. Pokok duit-duit cepat merebak dengan cara menjalar dan melekat pada dahan pokok. Sekiranya tidak dikawal ia akan menyebabkan dahan pokok tersebut tidak sihat dan mati. Pokok duit-duit juga menjadi tempat tinggal serangga perosak seperti ulat dan semut.

Pokok duit-duit kebal terhadap racun rumpai dan cara pengawalannya adalah secara manual iaitu dengan cara menarik dan membuangnya dari dahan tempat ia menumpang.

Sumber: Warisan Petani

Pokok Duit-Duit Pada Dahan Pokok Durian


Sumber: Warisan Petani


Sumber: Warisan Petani

Pokok Duit-Duit Pada Dahan Pokok Kelapa

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Pokok Duit-Duit Pada Dahan Pokok Dokong

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Pokok Duit-Duit Pada Dahan Pokok Limau Kasturi

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani


Pokok Duit-Duit Pada Dahan Pokok Nangka

Sumber: Warisan Petani

Pokok duit-duit adalah jenis pokok pakis yang sangat mudah membiak melalui spora terutama di dahan-dahan pokok yang rimbun dan lembab. Pokok ini harus dikawal pertumbuhannya kerana boleh menjejaskan pengeluaran hasil pokok buah-buahan dan juga boleh mengakibatkan kematian pokok

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot