Saturday

Kenali Daun Dewa dan Cara Penyediaan Untuk Merawat Kencing Manis

Dikenali juga dengan nama Penawar Cina.  Herba ini kini ditanam sebagai tanaman pasuan untuk hiasan rumah.  

Cara Penyediaan Untuk Merawat Penyakit Kulit
Daunnya biasa digunakan untuk penyakit kulit seperti flek hitam pada wajah.  Cara penggunaannya sangat sederhana iaitu dengan mengambil daunnya yang mempunyai getah lalu getahnya disapu pada kawasan muka yang mempunyai flek hitam tersebut. 


Sumber: Warisan Etnobotani

Cara Penyediaan Untuk Merawat Kencing Manis
Herba ini juga digunakan utk membantu mengubati kencing manis (diabetes) dan penyakit dalaman iaitu dengan cara meminum air rebusan daun tersebut yang sudah dikeringkan.  

Cara Penyediaan Untuk Merawat Ubat Ketuat
Daun Dewa juga dapat digunakan sebagai ubat Ketuat/Kutil. Cara penggunaannya dgn memotong daun herba ini dan tampal pada Ketuat/kutil tersebut, kemudian balut dengan kain bersih. 

Cara Penyediaan Untuk Merawat Bengkak
Begitu juga jika terjadi bengkak, gunakan daun dan isi dengan cara menggiling dan tampal ke tempat yang bengkak.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Etnobotani blogspot