Sunday

Ketahui Kisah Ahmad Samerin, ‘Owner’ Kedai Basikal Yang Berjaya Memenangi RM1 Juta Pada Tahun 1991

Buat kita yang membesar lewat 90-an, Jutaria adalah antara permainan yang sering dimainkan untuk menghabiskan masa lapang. Tambah pula, waktu zaman itu mana ada Facebook, Twitter atau YouTube.

Namun, tahukah anda sebenarnya Jutaria pernah hadir dalam versi televisyen, di mana wang kemenangan mencecah sehingga RM1,000,000 dan apa yang lebih menarik lagi, Ahmad Samerin adalah satu-satunya individu yang pernah memenangi kuiz ini.


Sumber: The Vocket

Rancangan Keluaran RTM 1

Dinamakan sebagai More Jutaria, ia adalah rancangan televisyen keluaran RTM 1 yang diterbitkan pada tahun 1991. Ia juga merupakan rancangan kuiz yang termahal di Malaysia pada ketika itu.

Ditaja oleh jenama rokok More yang dimiliki oleh R.J. Reynolds. More Jutaria menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000,000 dan sebuah kereta Ferrari, rancangan ini juga telah menerima sambutan hangat dari orang ramai. Walaubagaimanapun, jenama rokok More ini telah menghentikan pemasarannya Malaysia sejak awal 2000-an lagi.

9 September 1991
Pada 9 September 1991, seorang pemilik kedai basikal di Pusat Bandar Jengka, Ahmad Samerin Dzulkifli yang ketika itu berusia 23 tahun telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya pemenang More Jutaria dengan membawa pulang wang sebanyak RM1,000,000.

Lebih bertuah lagi apabila namanya, SAMERIN digunakan sebagai pembayang untuk melengkapkan petak kosong bagi jawapan Sijil Simpanan Premium untuk soalan pusingan bonus yang berkaitan dengan ekonomi.

Menolak Kereta Ferrari
Dia yang pada mulanya ditawarkan hadiah berupa kereta mewah Ferrari 328 GTS bertindak menolak kereta tersebut dengan alasan bahawa dia tidak tahu memandu serta memikirkan kehidupannya di kampung yang dilihat tidak sesuai untuk memandu kereta mewah tersebut.

“Mungkin saya akan beli Proton Saga Limousine atau Eksekutif, kalau susah-susah sangat nak pandu, saya pakai drebarlah,” kata Samerin seperti dipetik daripada Harian Metro.

Samerin telah mencatat rekod sebagai pemenang pertama dan terakhir kuiz More Jutaria yang dikendalikan oleh juruacara Ahmad Tarmimi Serigar. Dia juga sebelum itu berjaya memenangi wang tunai lebih RM6,000 melalui acara siri keenam dan ke-14 serta membawa pulang bot Bayliner, tetapi menjualnya dengan harga RM25,000.

29 Tahun Lalu
Tetapi itu cerita 29 tahun lalu, Ahmad Samerin kini dilaporkan lebih selesa tenggelam daripada tumpuan masyarakat. Dia bukan mahu menyembunyikan diri, tetapi lebih memikirkan soal keselamatan diri dan keluarga.

Dalam satu wawancara bersama Harian Metro pada 22 November 2016, dia berkata bahawa sejak memenangi wang kemenangan tersebut, ramai yang hendak mengetahui kisahnya. Tetapi dia memilih untuk berdiam diri atas pelbagai sebab. 

Sumber: Harian Metro

Baginya, dia merasa bebas apabila semua orang sudah tidak mengenali siapa Ahmad Samerin, individu yang pernah mengemparkan Malaysia apabila menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Kedai basikal yang pernah diusahakan dulu juga telah diserahkan kepada adiknya dan dia kini meneruskan hidup dengan menguruskan kedai elektrik di Bandar Baru Jengka.

Dilaporkan bahawa lebihan wang yang dimenangi oleh Samerin telah dilaburkan dalam perniagaan, namun Harian Metro tidak menyebut jenis pelaburan yang dilakukan oleh beliau.

Namun pada 29 tahun lalu, Samerin pernah berkata bahawa wang yang dimenangi olehnya daripada acara TV paling popular pada tahun 1991 akan digunakan untuk bersedekah, melabur dalam Amanah Saham Bumiputera dan membeli Sijil Simpanan Premium.

Sumber rujukan: The Vocket

Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Daun Pandan? Jom Belajar Resepi Nona Manis Pandan

Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.

Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.

Sumber: Wikiwand

Ramuan
Bahan A
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/2 cawan santan kara
  • Masak hingga pekat
Bahan B
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1 biji telur A
  • Pewarna hijau
  • Blender semua bahan dan tapis
Bahan C
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Masak hingga pekat untuk bahagian tengah
Sumber: Wikiwand

Langkah-langkah
Cara2
  • Bahan A yg dimasak di satukan dalam bahan B. Kacau sebatikan.
  • Masukkan adunan ¾ dlm cup..kemudian tuangkan bahan C ditengah.
  • Panaskan kukusan dan kukus 10 minit api sederhana kecik *sukatan utk 25bj kuih nona manis.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Cookpad

Ada Apa Pada Pokok Kabung? Belajar Buat Manisan Pokok Kabung

Pokok Kabung, kantor atau enau (bahasa Inggeris: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya Arenga pinnata.

Pokok kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun berpelepah seperti pelepah daun kelapa. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.


Sumber: Wikiwand

Ramuan 
  • 500 gr Buah Kabung
  • 2 Helai Daun Pandan di ikat
  • 150-200 gm Gula Pasir
  • 400 ml Air
  • 25-30 Kuntum Bunga Telang kering
  • 1/2 biji Jus Lemon

Sumber: Wikiwand


Cara-cara
  • Siapkan semua bahan
  • Basuh bersih Buah Kabung/ Kolang-kaling, Ketepikan. (Apabila Kolang-kaling berbau masam,rebus terlebih dahulu dengan air bekas cucian beras, toskan). Rebus Air dan Bunga Telang hingga berubah warna menjadi biru pekat, angkat dan toskan.
  • Masukan kedalam Periuk, Buah Kabung,air rebusan Bunga Telang,daun pandan, dan gula pasir,rebus sehingga, Buah Kabung lembut dan berwarna biru,dan airnya pekat, terakhir masukan lemon juice, aduk rata.
  • Gunakan api kecil hingga sedang pada saat merebus tutup api, angkat dan biarkankan sejuk.
  • Masukkan Manisan Buah Kabung ke dalam Bekas, laku Simpan di dalam peti Ais.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Cookpad

Apa Yang Boleh Digunakan Dengan Bunga Telang? Mari Buat Lopes Bunga Telang

Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.

Sumber: Wikiwand

Ramuan
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan bunga telang
  • 1 cawan gula merah @ 2 ketul gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan santan cair
  • 1 sudu teh air kapur (keruh)
  • Garam
  • Daun pisang
  • Sedikit gula putih

Langkah
  • Basuh beras pulut dan toskan.Rendam bunga telang dengan sedikit air panas sekadar tenggelam bunga.
  • Tapis air bunga tadi.Di dalam periuk,masukkan beras pulut,air bunga telang,santan cair,air,garam,air kapur dan daun pandan.
  • Kacau di atas api perlahan,sampai separuh masak.Angkat.
  • Sapu daun pisang dengan sedikit minyak untuk elak melekat semasa proses nak potong kuih nanti.Letakkan beras pulut tadi,gulung dan ikat kemas.Rebus semula sehingga masak.
  • Potong lopes dengan benang.Golekkan di atas kelapa parut yang dah dikukus.
  • Sedia untuk di nikmati bersama air gula merah.
Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Cookpad

Ada Apa Pada Sengkuang? Jom Belajar Resepi Sengkuang Calit Yang Sedap

Pachyrhizus erosus, biasanya dikenali sebagai sengkuang, jícama (/ˈhɪkəmə/; bahasa Sepanyol jícama [ˈxikama] (bantuan·info); dari Nahuatl xīcamatl, [ʃiːˈkamatɬ]), sengkuang Mexico, atau lobak Mexico, ialah nama pokok asli Mexico, walaupun nama yang paling biasa merujuk kepada akar ubi tumbuhan itu yang boleh dimakan. Sengkuang merupakan spesies dalam genus Pachyrhizus dalam keluarga kacang (Fabaceae). Tumbuh-tumbuhan dalam genus ini biasanya dirujuk sebagai sengkuang, walaupun istilah "sengkuang" boleh menjadi satu lagi nama untuk jícama. Spesies utama sengkuang yang lain juga asli dalam benua Amerika.

Sumber: Wikiwand

Ramuan
  • 1 biji sengkuang (dipotong nipis)
  • 100 gm kacang tanah tumbuk

Bahan Kuah
  • 1/2 botol kicap masin
  • 6 sudu gula merah
  • 1 inci belacan
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar bijan (disangai)
  • 2 sudu besar tepung ubi
Sumber: Wikiwand

Langkah
  • Satukan kicap, sos cili, gula merah, belacan dan cili kisar. Masak sehingga mendidih.
  • Masukkan tepung ubi dan bijan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah pekat. Tutup api dan sejukkan seketika.
  • Sapu kuah pada permukaan sengkuang. Tabur kacang tanah tumbuk. 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Cookpad

Ada Apa Pada Petola? Jom Masak Lemak Manis Petola

Petola atau juga dikenali sebagai petola segi (nama sains: Luffa acutangula) merupakan buah dalam kategori sayuran hijau. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Luffa atau Loofah/Lufah (dari bahasa Arab لوف) dan merupakan tumbuhan tropika dan sub tropika menjalar tahunan yang terdiri dari genus Luffa. Buah dari dua spesies, L. acutangula dan L. aegyptiaca, ditanam untuk dituai sebelum buah matang dan dimakan sebagai sayuran, dan popular dalam masakan Asia dan Afrika

Sumber: Wikiwand

Ramuan

  • 1/2 petola di potong
  • 1/2 lobak merah
  • 1/4 kubis
  • 1 mangkuk bunga kubis
  • 1 tangkai cili hijau besar hiris
  • 1 paket Fucuk direndam
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang putih hiris
  • 2 biji bawang merah hiris
  • 1 gengam ikan bilis
  • 1 sudu minyak zaitun
  • 1 kotak santan
  • 6 cawan air cuckoo
  • 1 sudu garam
  • 1 secukup rasa
  • 1 sudu gula
Langkah
  • Tumiskan bawang,halia & ikan bilis
  • Sedikit kuning, masukkan santan.sedikit didih.
  • Masukkan lobak & bunga kubis.sedikit lembut.
  • Masukkan air sehingga didih.
  • Masukan kubis, petola & cili.gaul rata.
  • Masukan fucuk & bahan perasa. Siap & hidang.

Sumber: Wikiwand


Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Cookpad

Ada Apa Pada Daun Petola? Ketahui Resepi Onde-Onde Hijau Daun Petola Yang Wangi

Petola atau juga dikenali sebagai petola segi (nama sains: Luffa acutangula) merupakan buah dalam kategori sayuran hijau. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Luffa atau Loofah/Lufah (dari bahasa Arab لوف) dan merupakan tumbuhan tropika dan sub tropika menjalar tahunan yang terdiri dari genus Luffa. Buah dari dua spesies, L. acutangula dan L. aegyptiaca, ditanam untuk dituai sebelum buah matang dan dimakan sebagai sayuran, dan popular dalam masakan Asia dan Afrika.

Sumber: Wikiwand

Resepi Onde-Onde Daun Petola
Ramuan
  • 3 helai daun petola wangi
  • Setengah cawan air untuk kisar daun
  • Secawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 keping nisang @ gula melaka (½ cawan)
  • Air untuk merebus
  • Sehelai daun pandan untuk air rebusan
  • Secawan kelapa parut putih
  • 1/4 sudu teh garam untuk kelapa putih

Langkah
  • Daun petola sarang di basuh bersih
  • Kisarkan sehingga lumat Dan tapis
  • Pati pewarna daun petola yang telah di tapis
  • Masukkan air pewarna daun petola kedalam tepung (tepung pulut dan tepung beras yang telah di Gaul)
  • Uli sehingga sebati dan tidak melekat di tangan
  • Bulatkan dan masukkan nisang @ gula melaka sebagai inti kemudian masukkan kedalam air rebusan yg telah mendidih
  • Apabila tepung telah timbul, angkat, sejat Dan masukkan kedlama kelapa yg telah di Gaul garam.
  • Onde onde Hijau daun petola wangi siap untuk dinikmati
Sumber: Wikiwand


Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan CookPad