Wednesday

Kenali Pokok Belimbing Buluh - Cara Penyediaan Bagi Merawat Ubat Darah Tinggi dan Demam Panas

Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. 

Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Sumber: Herba dan Tumbuhan


Perubatan Tradisi
Belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisi moden. Secara tradisi, perubatan Melayu tidak kenal penyakit moden seperti kencing manis atau darah tinggi. Oleh petua-petua ini tidaklah berdasarkan mana-mana kajian moden atau amalan tradisi dan tidak terbukti keberkesanannya.

Sumber: Herba dan Tumbuhan

Jus buah ini dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat, kegatalan, bengkak dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

Cara Penyediaan Ramuan Pokok Belimbing Buluh Bagi Rawatan Ubat Darah Tinggi.
  1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar. 
  2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat. 
  3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya. 
  4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang. 
  5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu. 



Cara Penyediaan Bagi Rawatan Demam Panas
Petua daun belimbing buluh pun ada kegunaannya. Cara penyediaan ramuan bagi rawatan demam panas, anda boleh cuba petua di bawah; 


  1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar. 
  2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat. 
  3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih. 
  4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit. 
  5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan. 
  6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.



Sumber: Herba dan Tumbuhan

Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan
Pokok Temu Pauh adalah tanaman herba yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan yang hidup berumpun seperti pokok kunyit. Ia mengandungi umbisi berakar dan mengeluarkan rizom yang akhirnya akan menerbitkan anak pokok.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Kenali Manfaat Bayam Brazil

Antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, kaya dengan vitamin K serta mampu menguatkan tulang.

Selain itu Bayam Brazil juga boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.


 
Sumber: Warisan Petani


Amalan memakan Bayam Brazil mampu membantu melancarkan darah, mencegah anemia serta masalah gusi, mengekalkan stamina badan serta amat baik untuk pembesaran pada kanak-kanak.

Buat ibu-ibu yang mengandung, memakan Bayam Brazil sangat baik untuk mengekalkan kesihatan sebelum bersalin, ia juga membantu mengekalkan kesihatan mulut serta amat baik untuk mencegah penuaan Pramatang.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot