Thursday

Kenali Pokok Terung Pipit dan Cara Penanaman Serta Penjagaan Pokok Ini

Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak , 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus , sedikit zat besi , vitamin A , B1 , dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.

Selain itu akar terung pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan , penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut .


Terung pipit adalah sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.



Sumber: Wikiwand

Kegunaan Pokok Terung Pipit
1. Mengubati sakit kepala

2. Mengubati sengal-sengal badan

3. Taun dan cirit-birit

4. Mengurangkan demam panas

5. Merawat buasir 
    caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion

6. Merawat tumit kaki yang pecah 
    caranya: akarnya ditumbuk dan ditempelkan pada bahagian yang berkenaan.

7. Menurunkan tekanan darah tinggi

8. Buah terong pipit sedap dimasak kari dan dijadikan ulam, dicicah sambal belacan atau budu.

9. Daunnya dijadikan bahan perisa masakan.

Sumber: Wikiwand

Khasiat Ubatan
  1. Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yg diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga. 
  2. Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit perut . 
  3. Manakala bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan disedut asap nya. 
  4. Bagi yang mempunyai masalah pada bahgian kulit kaki yg merekah ataupun bengkak , boleh lah menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yang bermasalah. 
  5. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yg bengkak . Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.


Iklim dan Tanah
Terung tumbuh subur di kawasan ketinggian sehingga 900 a.p.l.  Ia memerlukan perubahan kecil dalam suhu harian dan keadaan sekitar terlindung.  Pengairan diperlukan pada musim panas.  Terung hidup subur di atas berbagai jenis tanah yang mempunyai saliran yang baik dan kaya dengan baja organan.  pH tanah ayng paling sesuai ialah 6.0 – 7.0

Penyediaan Tanah
Di ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2 m (48 inci) lebar dan 22-39 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (18 inci).  Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi).

Dalam Pasu
Dalam pasu dan bekas-bekas lain.  Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu hingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

Menyediakan Anak Benih
Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi.  Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir Semai 3 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.  Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 inci) dan 2 cm (1 inci) antara biji benih.  Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.  Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.  Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai.  Sebelum diubah ke ladang dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.



Sumber: Wikiwand

Penanaman Pokok Terung Pipit
Di ladang
Anak benih yang berumur 3-4 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 60 cm antara baris.

Dalam Pasu
Tanam terus 3-4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm (1 inci).  Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.


Sumber: Wikiwand

Siraman
Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.



Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot