Monday

Petua Buat Rakan-Rakan: Cara Menyimpan Halia

Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara Kepulauan dan dipercayai mula diusahakan oleh orang Austronesia, kemudian merebak penggunaannya ke India, China, Afrika Barat dan Caribbean.

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.

Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).


Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.

Sumber: Wikiwand

Kami kongsikan cara menyimpan halia agar kekal segar walaupun sudah sekian lama dibeli (untuk mereka yang tidak menanamnya) atau digali di laman. 

Caranya:

  • Kopek kulit halia dan masukkan halia yang siap dikopek itu di dalam plastik (sebaik-baiknya  jenis yang resealable agar lebih mudah). 
  • Simpan halia di bahagian sejuk beku. 
  • Setiap kali anda perlukan halia, potong sebanyak mana yang anda perlukan dan parutkan sahaja. 

Halia yang disejuk beku memudahkan kerja memarutnya! 

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Kenali Pokok Mulberi dan Belajar Cara Membuat Jem Mulberi

Mulberi (juga disebut kertau) (Latin: Morus) adalah termasuk genus tumbuhan dari keluarga Moraceae. Ianya terdiri dari 10–16 spesies pohon Mulberi yang asli berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. 

Namun kebanyakan dari spesies asli Mulberi berasal dari benua Asia.

Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya pada mulanya sebagai anak benih. Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas (Rapidly growing), pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat. Tinggi pokok Mulberi jarang melebihi 10-15 meter. 

Sumber: Wikiwand

Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna merah bila masih mudah dan ungu tua bila ranum, dan ia enak dimakan segar.

Sumber: Wikiwand

Mulberi juga terkenal akan penggunaan dedaunannya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies Mulberi, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marbel kerana kuat dan keras.

Sumber: Wikiwand


Cara Membuat Jem Mulberi

Bahan-bahan:

1. Satu (1) kilo buah mulberi yang masak ranum

2. Jus perahan sebiji lemon

3. Lima ratus (500) gram gula halus(caster). Boleh dikurangkan atau ditambah mengikut kesukaan anda

Kaedah:

Cara membuatnya.


  • Masukkan mulberi bersama jus lemon ke dalam periuk atau kuali.kacau dan biarkan ia mereneh selama 15 hingga 20 minit.
  • Sementara itu panaskan guna di dalam oven. Kacau dan pastikan ia tidak hangus.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Ketahui Khasiat Daun Ati-Ati Serta Cara Penanaman dan Rawatan Kesihatan

Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok saka yang berasal dari kawasan tropika di Afrika, Asia, Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam genus Plectranthus.

Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.

Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.

Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.

Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.

Sumber: Wikiwand

Teknik menanam dan menjaga
Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air disebabkan keadaan ini akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.

Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.

Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.

Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.

Cara Rawatan Bagi Pedih Hati, Gastrik
Rebus segenggam daunnya bersama tiga gelas air sehingga mendidih. Apabila air rebusan tinggal segelas, saring dan minum apabila suam.

Sumber: Wikiwand

Cara Rawatan Bagi Melegakan Diabetes atau Kencing Manis
Rebus segenggam daunnya dan daun pokok adas dengan tiga gelas air sehingga mendidih. Setelah air rebusan tinggal 1/3, angkat dan saring. Minum apabila suam pada setiap pagi dan petang.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Ingin Melegakan Pening Kepala. Belajar Cara Rawatan Pokok Ara Dani

Ara Dani ialah sejenis pokok renek yang memanjat. Batangnya keras dan liat. Batang mudanya berwarna hijau dan batang yang tua berwarna hitam.

Bunganya terbit berjambak di hujung dahan. Kuntum yang muda berwarna putih dan bertukar menjadi merah setelah mengembang  dan seterusnya menjadi merah jambu apabila hampir gugur.

Pokok ini mudah tumbuh dengan hanya mengambil batangnya sebagai bibit. Mudah bercabang jika kerap dicantas. Bunganya mekar pada waktu malam dan mengeluarkan bau yang wangi. Buahnya pula kecil berwarna hitam dan dan berukuran 3 cm panjang.

Sumber: Wikiwand

Cara Rawatan Bagi Cirit Birit, Membuang Cacing Dan Melegakan Sakit Kepala
Caranya ialah dengan merendam buahnya yang separuh masak dan minum airnya.

Sumber: Wikiwand

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan 202 Khasiat Herba

Kenali Pokok Ketumpang Air Dianggap Rumpai Tetapi Berkhasiat Tinggi Dalam Perubatan Dan Dibuat Salad

Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah. Tumbuhan ini sering dianggap sebagai rumpai yang menumpang di celah-celah tanaman anda, bukan? 

Sifatnya yang hidup dikawasan yang lembab seperti tepi-tepi longkang membuatkan orang ramai tidak mengambil tahu tentang khasiatnya. Untuk pengetahuan umum, warna putih yang terdapat dibawah daun sirih ini adalah anti bacteria. Mungkin sebab itu nama yang diberi ialah Ketumpangan atau ketumbangan Air. 

Juga dikenali sebagai Sirih nyonya / Cina atau nama saintifiknya Peperomia Pellucida tapi ianya bukan sebarang rumpai. Ada juga ia dipanggil dengan nama sirih pasir.

Nama Lain: sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.

Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10-20 untuk 100gram.

Sumber: Wikiwand

Khasiat Yang Tidak Diketahui Ramai
Ketumpangan air ini sebenarnya banyak khasiatnya yang tidak diketahui ramai. Antara khasiat yang terdapat ialah :

1) Ia boleh dijadikan sayur, salad dan teh
2) jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
3) bantu meredakan batuk dan demam ( ramas daun serta batangnya dan sapukan pada kepala dan badan )
4) merawat gout, tekanan darah tinggi , artritis, reumatisme, penawar sakit sendi dan perut, cirit-birit, selsema, jangkitan pada pundi kencing, mengubat buasir, kencing manis
5) bantu rawat sakit lutut ( lumatkan daun serta batangnya dan tempekkan pada lutut)
6) boleh juga rawat penyakit kayap. Cara meyediakannya sangat mudah- pokok ditumbuk dengan BEDAK SEJUK tanpa perlu campur air sebab pokok pun dah lembut dan berair. kemudian disapukan terus pada bahagian kayap. InsyaAllah jika diizinkan cepat sembuh.

Sumber: Wikiwand

Sebagai Ulam-Ulaman?
Pokok ketumpangan air ni juga boleh dibuat ulam (makan mentah2 untuk bantu rawat penyakit gout), di masak air bersama udang dan juga digoreng seperti kita menggoreng kangkong. Bila makan mentah-mentah, rasanya macam sirih tapi lebih sedap dan rangup tapi tidak lah rasa pahit. 

Bila masak goreng, agak liat sikit sayurnya. Nak tanam pokok ini pun mudah saja. Selepas tanam sepokok. maka beranak pinak pokok ini.

Khasiat Lain
1- Merawat Gout
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan spmodels.net