Sunday

Pokok Gelam Lintah - Berbunga Setelah Sedekad

Hopea helferi ialah spesies pokok hutan dalam keluarga Dipterocarpaceae. 

Habitat semula jadinya ialah hutan lembap dan di sepanjang sungai. Dicatatkan bahawa taburannya meluas di India, Myanmar, Kemboja, Thailand dan Malaysia. 

Spesies ini disenaraikan dalam Senarai IUCN sebagai terancam. Nama tempatannya ialah giam lintah bukit. Pokoknya bersaiz sederhana dan boleh mencapai sehingga 20 hingga 37 m tinggi. 

Sumber: FRIM

Kayunya digunakan untuk pembinaan ringan dan berat serta untuk kraf tangan.

Seperti kebanyakan pokok dipterokarpa, pembungaan dan pembuahan spesies ini tidak menentu. 

Pokok yang ditanam di FRIM diperhatikan berbunga pada tahun 2002 dan berikutnya pada tahun ini iaitu selepas tempoh 11 tahun. 

Pokok dicerap mula berbunga pada bulan April hingga Julai dan menghasilkan buah-buahan dari Ogos–November. 

Sumber: FRIM

Buah mudanya berwarna hijau, manakala buah matang mempunyai sayap coklat gelap. Saiz keseluruhan buahnya adalah dalam lingkungan 50–61 mm. Biji benihnya kecil, diameter kira-kira 6–8 mm dan panjang 9–11 mm.
Sumber: FRIM


Sumber rujukan: FRIM, Wikiwand