Wednesday

Jom Belajar Resepi Otak-Otak Daun Sambung Nyawa Tumbuhan Herba

Sambung nyawa (atau akar sebiak) merupakan tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubat. Biasanya ia dimakan sebagai ulam.

Resepi Otak-Otak Daun Sambung Nyawa.

Sumber: Wikiwand

Bahan-bahan:

1. 10 helai daun sambung nyawa yang lembut(pucuk)
2. Dua Genggam daun beluntas
3. Sebuku tauhu
4. Setengah biji kelapa muda diparut.
5. Udang atau ikan bilis

Sumber: Wikiwand

Bahan untuk rempah:
1. tiga biji cili merah
2. Tiga biji cili api
3. Sebiji tomato
4. Lima ulas bawang merah
5. Empat ulas bawang putih
6. Dua sudu teh ketumbar
7. Seinci lengkuas
8. Dua helai daun salam atau dua helai daun serai wangi atau serai makan
9. Garam dan gula secukup rasa

Kaedah:

1. Daun sambung nyawa dan daun beluntas dicelur, angkat, toskan dan hiris kasar-kasar

2. Kisar rempah dan campur dengan kelapa parut.

3. Semua bahan digaulkan bersama tauhu yang telah dipotong kecil-kecil dan udang yang telah di cincang.Tambah sedikit air

4. Bungkus dengan daun pisang seperti kita membungkus lepat pisang.Bungkus hingga habis, kita akan mendapat beberapa bungkusan.Kukus hingga masak.

5. Ia boleh dimakan bersama nasi atau dihidangkan seperti kuih peneman teh begitu sahaja. 

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan melur.com

Ada Apa Pada Bendi? Ketahui Manfaat Bendi Pada Kesihatan

Kacang Bendi atau Bendi, adalah antara jenis sayuran yang popular dan digemari di Malaysia. Mana-mana pasar, supermarket dan mall ada menjualnya.

Nama sains "Abelmoschus esculentus" dari kelompok pepohonan berbunga Malvaceae. Juga turut dikelasifikasikan dari kelompok pepohonan bunga raya "Hibiscus esculentus."

Bendi dimakan sebagai sayuran oleh warga dunia, dengan berbagai nama. Bhindi, dherosh di Asia Selatan (India dan Pakistan). Bamya atau bamieh di Timur Tengah. Okra, ochro, okoro, ladies' fingers, bhindi, bamia, atau gumbo bagi rata-rata negara Barat. Quimbombo di Cuba. Okura di Jepun. Qiu kui (sebutan cheeoh kway) di Taiwan dan China.

Negara asal bendi tidak dapat ditentukan, dalam pertikaian. Ada mengatakan dari Guatemala, Afrika Barat, Ethiopia, India atau Bangladesh.

Pohon bendi tumbuh subur dinegara-negara beriklim tropika, sub-tropika, dan sederhana panas. Rata-rata, pohonnya meninggi kira-kira 4 kaki (1.2 meter). Boleh mencecah setinggi 6 kaki (1.8 meter). Ada spesis yang meninggi melebihi 7 kaki (2.1 meter). Pohonnya mengeluarkan banyak buah berisikan biji-biji, tidak henti-henti sepanjang tahun. Ia sangat mudah tumbuh. Bahagian yang selalu menjadi sayuran ialah buah muda, lembut dan rapuh.

Bendi yang sering ditemui dirantau ini berwarna hijau. Terdapat juga spesis bendi yang berwarna merah, ungu pekat dsbnya, tetapi jarang ditemui. Warnanya dipengaruhi oleh kadar pigmen yang terkandung didalamnya.

Sumber: Wikiwand

Manfaat Bendi
Bendi adalah antara sayuran yang sangat rendah kalori; membekalkan cuma 30 kalori bagi setiap 100 g. Ia tidak mengandungi lemak tepu atau kolesterol. Namun demikian, bendi kaya dengan serat makanan, zat gizi, vitamin, dan zat phyto. 

Serat dan Lendir
Serat bendi bermutu tinggi bagi memelihara saluran perut dan usus. Ia membantu menyerap kembali air, memerangkap kolesterol yang berlebihan, toksin yang terhasil dari metabolisma, dan lebihan cecair hempedu. Kemudian, keluar semuanya dari tubuh melalui najis.

Bendi kaya dengan lendir yang membantu kesinambungan kembang kuncup perut dan usus bagi menggerak keluar sisa makanan yang telah dihadam.

Lendir dan serat bendi bermanfaat:

  • Membantu mengimbangi gula dalam darah dengan cara menyerap gula dalam usus kecil. 
  • Membantu menghindari berlakunya sembelit, melega saluran perut dan usus, mengurang radang usus, dan menyembuh ulser usus.
  • Meransang percambahan bakteria bermanfaat didalam usus kecil dikenali sebagai 'probiotics' sepertimana dilakukan oleh yoghurt dan membantu penghasilan vitamin B-kompleks.

Protein 
Protein dan minyak yang terdapat dalam biji-biji bendi merupakan sumber protein sayuran yang terbaik. Ia kaya dengan asid-asid amino yang menyihatkan tubuh.


Sumber: Wikiwand

Vitamin A 
Bendi mengandungi sejumlah vitamin A yang menyihatkan, serta anti-oksidan dari jenis flavonoid seperti beta-karotin, xanthin dan lutein. Ia tergolong dari kalangan sayur-sayuran yang tinggi nilai anti-oksidan.

Permakanan sayur-sayuran dan buah-buahan alami yang kaya dengan flavonoid, termasuk bendi, dapat membantu:

  • melindungi dari kanser pada paru-paru dan rongga mulut.
  • penting bagi mata dan penglihatan. 
  • memelihara selaput lendir dan kulit agar kekal sihat. 

Vitamin C
Bendi juga sumber terbaik kepada anti-oksidan vitamin C, membekalkan kira-kira 36% dari kadar saranan harian yang diperlukan oleh tubuh. Kajian mendapati bahawa permakanan bahan makanan yang kaya dengan vitamin C membantu tubuh mengutuhkan sistem kekebalan tubuh, melindungi dari anasir-anasir berjangkit dan perosak radikal bebas, dan mengurangkan risiko jangkitan selsema dan batuk.

Vitamin B9/folate 
Sayuran ini mengandungi vitamin B-kompleks seperti B9/folate, B3/niasin, B5/asid pantothenik, B6/pyridoxine, B2/rivoflavin, dan B1/thiamin.

Bendi kaya dengan folate; membekal kira-kira 22% dari kadar saranan harian bagi setiap 100 g. Folate perlu bagi ibu yang hamil, membantu mengurangkan berlakunya kecacatan pada tabung saraf/neural tube janin. Folate juga sangat penting bagi pembentukan dan pembinaan janin, mengukuhkan tabung saraf/neural tube janin terutama dalam masa 4-12 minggu pertama perkembangan janin dalam rahim ibu.


Sumber: Wikiwand

Vitamin K
Bendi mengandungi vitamin K yang sangat tinggi, 53 mcg iaitu 44% kadar saranan harian harian bagi setiap 100 g. Vitamin K adalah faktor gandingan kepada enzim-enzim pembekuan darah dan juga diperlukan bagi menguatkan tulang.

Zat Gizi Manganese
Bendi juga sumber yang tinggi zat gizi manganese, setiap 100 g membekalkan sebanyak 0.990 mg bersamaan 43% dari kadar saranan harian. Ia juga sumber yang baik kepada beberapa zat gizi yang penting seperti kalsium, tembaga, besi, magnesium, fosforus, selenium dan zinc.

Kajian terkini menyatakan bahawa 'lecithin' yang terkandung dalam bendi berkemungkinan memberi tindak-balas anti-tumor pada sel-sel kanser payudara. Namun, kajian selanjutnya adalah perlu bagi memastikan nilai-nilai perubatan bendi terhadap kanser. (*Lecithin adalah komponen penting pada seluruh sel-sel tubuh dan membantu dalam metabolisma lemak untuk digunakan oleh sel-sel tubuh).

Disamping itu, beberapa kajian lain juga sedang dijalankan keatas ekstrek bendi bagi menanggani penyakit kencing manis.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Ada Apa Pada Bawang Putih? Ketahui Khasiatnya Pada Kesihatan

Selain disebut akar cerita, ada juga yang menyebutnya sebagai pokok cerita. Ia sejenis rumpai berdaun tunggal seperti daun inai berwarna hijau tua. Puntik bunganya seperti cili api sementara bunganya berwarna putih mempunyai tumpuk ungu dihujung kelopak. Mudah membiak di kawasan yang terdedah.

Nama saintifiknya Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae dan ada juga yang menyebutkan sebagai ‘hempedu bumi’ kerana rasanya yang amat pahit jika diramas dengan tangan. Begitu juga jika dijadikan jus, pahitnya akan melekat beberapa lama pada lidah seperti pahitnya petawali (Tinospora tuberculata). 

Bawang putih ditanam di atas tanah yang gembur dan rata. Ia boleh ditanam hampir di seluruh dunia. Bebawang yang istimewa ini terletak di dalam tanah.

Sumber: Wikiwand

Ia terbentuk dalam bentuk labu yang mengandungi 10 hingga 13 ulas. Kulit luarannya diselaputi kulit yang berwarna putih kekuningan. Daun bawang berbentuk memanjang. Bawang putih boleh ditanam dengan mengunakan bebawangnya.

Komponen utama bawang putih terdiri daripada:

Ciri Peratusan
  • Air 64.3
  • Protein 7.9
  • Lemak 0.6
  • Karbohidrat 16.3
  • Tenaga 98 kkal/100g

KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut.

Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.

Sumber: Wikiwand

BARAH

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.


FUNGSI ORGAN

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

TAHAP GULA DALAM DARAH

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan