Friday

Ketahui Herba Mahkota Dewa dan Cara Penyediaan Rawatan Herba Bagi Pelbagai Penyakit

Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa (Scheff) Boerl) ialah sebuah pokok malar hijau asal tempatan di Malaysia dan Indonesia. amat terkenal di negara Indonesia sebagai satu tanaman ubat.

Kulit dan daun tanaman ini mengandungi alkaloid dan samponin. Herba ini bersifat antibarah, cirit-birit, sakit kulit dan gatal-gatal badan.



Sumber: Wikiwand

Pelbagai Khasiat Mahkota Dewa
Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat  untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti  daun, biji, buah, batang/ranting dan akar. 

Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah.

Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan.

Berfungsi  sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.

Sumber: Wikiwand

Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidupMeningkatkan daya tahan kepada penderitadiabetes dan darah tinggi.Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.

Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang.

Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.

Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan.

Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner.

Sumber: Wikiwand

Mengubati dan mengurangkan penyakit kanserseperti kanser payudara dan kenser rahim.

Meningkatkan stamina dan ketahanan  badan tehadap influeza.

Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit Tekanan darah tinggi

Sumber: Wikiwand

Penggunaan Mahkota Dewa Secara Khusus

A) Diabetes
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:
1. Ambil 5-6 buah mahkota dewa, hiris dan cuci hingga bersih.
2. Rebus bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air menjadi 3 gelas
3. Tapis air rebusan, minum 3 kali sehari (masing-masing 1 gelas)

B) Kanser
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:
1. Campur 5 gram isi buah mahkota dewa kering dengan 15 gram temu putih, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering dan 15 gramcakar ayam kering, cuci bersih semua bahan.
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air menjadi 3 gelas.
3. Tapis air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. P/S : Ramuan diminum 1 jam sebelum makan.

C) Hepatitis
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:

1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gram pegaga, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering dan 15 gramdaun dewa, cuci bersih semua bahan.
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air menjadi 3 gelas.
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas.

D) Rheumatik dan gout
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:

1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa dengan 15 gram akar sidaguri, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering, cuci bersih semua bahan.
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air menjadi 3 gelas
3. Tapis air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. P/S : Ramuan diminum 1 jam sebelum makan


Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Spmodels.net