Tuesday

Ada Apa Pada Buah Cempedak? Ketahui Jenis-Jenis Cempedak

Cempedak. Salah satu dari kalangan buah-buahan eksotik yang terdapat di Asia Tenggara.

Nama botani Artocarpus champeden spreng/Artocarpus integer/Artocarpus champeden (Thunb.) Merr./Artocarpus polyphema Pers, dari pepohonan Moraceae, tergolong dalam keluarga Nangka dan Sukun.

Cempedak berasal dari kepulauan Melayu, melingkari nusantara Indonesia sehingga ke New Guinea, bercambah diseluruh Asia Tenggara, dan telah diperkenalkan ke Australia, Queensland. Cempedak juga tumbuh di India, terutama diwilayah Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan Kerala.

Cempedak terkenal dengan berbagai nama. Baroh (Kepulauan Lingga dan Johor), nangka beurit (Sunda), nongko cino (Jawa), cubadak hutan (Minangkabau) tiwadak (Banjar). Thai : campada. Vietnam : mit to nu. India (Hindi) : kathar (sama dengan nangka), kekadang dipanggil juga campada. Tamil : pilaul. Banyak lagi nama-namanya mengikut daerah dan wilayah

Pohon cempedak besar dan merimbun. Tinggi mencecah sehingga 20 meter, kebanyakannya sekitar 12 meter. Musim berbuah, samada sekali atau 2 kali dalam setahun, dan buahnya sangat lebat.

Sumber: Wikiwand

Buah cempedak sangat mirip buah nangka, meski aromanya segar nyaman menusuk, tetapi saiz buahnya lebih kecil. Kebanyakan buah cempedak lonjong memanjang, antara10 - 15 sm lebar, dan 20 - 35 sm panjang. Kulit buah tipis, berwarna kehijauan, kekuningan atau kecoklatan. Berduri tumpul dan bersejat.

Didalam buah, sarat dengan ulas-ulas sepertimana ulas nangka. Warna ulasnya juga berbeza mengikut varieti, dari putih, kekuningan, keorenan, kemerahan. Kebanyakannya sangat manis, beraroma, lebih halus lembut dan kenyal dari nangka, licin, dan enak dan agak berserat apabila dimakan mentah.

Ulas cempedak lebih enak dimakan mentah apabila masak/matang. Namun, gorengan/cucur ulas cempedak juga sangat digemari. Kulit cempedak boleh disiat, diperam beberapa hari lalu digoreng, disebut mandai atau dami. Ulas cempedak boleh dibuat pengat. Seperti biji nangka, biji-biji cempedak juga boleh direbus, dan sedap dimakan. Buah cempedak yang muda juga boleh dimasak gulai.

Sumber: Wikiwand

Jenis Cempedak 
Terdapat beberapa jenis atau varieti cempedak di Malaysia. Jabatan Pertanian Malaysia telah mendaftar 36 klon cempedak. Dikalangan varieti-varieti cempedak, sedikit berbeza disegi saiz buah, warna kulit, warna dan ketebalan ulas, kemanisan, tekstur ulas, kental, berjus atau kenyal, dan juga aromanya.

Antara varieti-varieti cempedak unggul di Malaysia:
CH 1 - buah sederhana besar, manis dan berjus.
CH 2 - kulit buah berwarna hijau-oren, ulas oren dan berserat. 
CH 4 - dari Changkat Jong, Perak; berbuah lebat, kulit dan ulas berwarna oren, dan sedap rasanya. 
CH 14 - dari Perak; saiz buah sederhana besar, kulit hijau, ulas berwarna oren tebal, dan sangat manis. 
CH 15 - dari Melaka; berbuah lebat, ulas berwarna oren tebal dan sederhana manis.
CH 17 (Cempedak Nangka) - dari Johor; saiz buah paling besar, kulit berwarna kuning pekat seperti nangka; ulas berwarna kuning, berjus dan sederhana manis.
CH 18 - dari Pahang; buah berbentuk lonjong, saiz agak kecil, ulas kuning muda, sederhana tebal. 
CH 19 - dari Selangor.

Sumber: Wikiwand

CH 20 - dari Selangor; kulit buah berwarna hijau tua, ulas tebal dan beraroma sederhana.  
CH 21 (Air Hitam 1); kulit buah berwarna kuning serta tompok merah, baunya kuat; ulas tebal, manis dan enak.
CH 22 (Air Hitam 2); lebih kurang sama dengan Air Hitam 2. 
CH 23 (Air Hitam 3); kulit buah berwarna kuning, sangat manis dan enak.
CH 24 (Air Hitam 4) - dari Yong Peng Johor.
CH 25 (Air Hitam 5) - kulit buah berwarna kuning serta tompok merah, baunya kuat, sangat manis dan enak.
CH 26 (Paya Jaras) - dari Selangor; buah berbentuk lonjong memanjang, kulit berwarna hijau-kekuningan; ulas berwarna sedikit kehijauan, tebal, serat halus lembut, kuat aromanya; biji ulas agak besar, klon ini turut menjadi pilihan komersial.  
CH 27 - dari Selangor; saiz buah besar sehingga 38 sm/#15 inci, kulit berwarna kuning.
CH 28 - dari Serdang, Selangor; saiz buah agak besar berbentuk lonjong sehingga 30.5 sm/12 inci, kulit berwarna kuning; ulas berwarna kuning-oren, tekstur halus, kuat aroma dan sangat manis, berjus.  
CH 29 (Kuang 4) - dari Sungai Buloh, Selangor; saiz buah agak besar berbentuk lonjong agak lebar; kulit hijau; ulas tebal berwarna kuning, dan biji besar, rasanya sedikit pahit; klon ini juga turut menjadi pilihan penanaman komersial diMalaysia. 
CH 30 (Kuang 5) - dari Sungai Buloh, Selangor; banyak persamaan dengan Kuang 4 kecuali ulasnya berwarna oren; klon ini salah satu yang paling popular diMalaysia; ulasnya tebal, tekstur halus, sangat manis, beraroma sederhana.   
CH 31 (Asun) - dari Gurun, Kedah; saiz buah besar, berat sehingga 7 kg dan kulitnya agak licin, ulas kuning, manis, berjus, tekstur halus, biji besar.
CH 32 (Bekah) - dari Mukim Binjal, Kedah; purata berat buah kira-kira 3 kg, berbentuk lonjong, kulit tipis; ulas tebal, berjus, manis, padat dan berserat. 
CH 33 (Chin) - dari Kota Setar, Kedah; purata berat buah kira-kira 2.5 kg, berbentuk lonjong,  bersaiz sederhana; ulas berwarna oren tebal sederhana, manis, serat halus, kurang beraroma. 
CH 34 (Singkir) - dari Gurun, Kedah; saiz buahnya besar berat antara (5-7 kg), berbuah kurang lebat, berbentuk lonjong, kulit kuning kecoklatan dengan tompok-tompok hujau, ulas berwarna kuning muda, manis sederhana. 
CH 35 (Sri Temoh) - dari Perak; purata berat buah antara 3-5 kg, lonjong, kulit berwarna kuning-hijau, licin bila matang; ulas besar kira-kira 10-15 ulas dalam sebiji buah, berwarna kuning, rasanya sederhana manis, klon ini berganja/tiada biji atau biji-biji kecil kesit. 
CH 36 (Hasar) - dari Selangor; bentuk buah bulat dempak, warna kulit hijau jingga, berat buah 3-4 kg; ulas tebal, berwarna kuning-oren, manis, tekstur berserat halus, dan aroma sederhana. 
Di antaranya klon-klon unggul tersebut diatas, yang menjadi pilihan popular untuk ditanam secara komersil  adalah 3 klon - CH 28, CH 30 dan CH 33.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan dharmakesuma

Petua Buat Rakan-Rakan: Sediakan Jus Peria Untuk Mengempiskan Perut

Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.

Sumber: Wikiwand

Cara Sediakan Jus Untuk Kempiskan Perut 

Bahan-bahan:

  • Sebiji peria
  • Sedikit air suam
  • Beberapa buah-buahan yang boleh ditambah seperti epal, anggur dan timun dan beberapa buah lain. 

Kaedah:

  • Peria dipotong kecil dan diblander campurkan sedikit air dan buah-buahan.
  • Boleh diminum semasa sejuk,amalkan setiap pagi sebelum makan,Insyaallah akan nampak kesannya


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan melur.com

Ketahui Khasiat Mengkudu & Belajar Resepi Masak Lemak Daun Mengkudu.

Mengkudu merupakan tanaman yang mudah tumbuh di daerah dataran rendah. Tanaman ini memiliki buah berwarna hijau dengan bentuk bulat lonjong dan ada bintil-bintil di permukaannya. Tinggi tanaman mengkudu ini sekitar 3-8 meter.

Mengkudu memiliki beberapa istilah di tiap daerah. Antara lain Wengkudu (Bali), Cengkudu (Sunda), Pace (Jawa), Kodhuk (Madura), Nono (bahasa Tahiti), Ach (bahasa Hindi), Ungcoikan (bahasa Myanmar), Noni (bahasa Hawaii), dan Nonu (bahasa Tonga).


Sumber: Wikiwand

Khasiat Mengkudu:
Buah dan daun: 
Direbus dan diminum untuk melembutkan kulit, melawas buang air kecil dan besar, melawas haid dan mengeluarkan toksin.

Air rebusan buah atau jus buah: 
Diminum untuk merawat batuk, asma, bengkak limpa, membunuh cacing dalam perut dan usus, diabetes, disenteri, hepatitis dan melancar pengaliran darah.


Sumber: Wikiwand

Daun: 
Direbus dan diminum sebagai tonik, merawat demam panas dan mengetatkan tisu.

Pes daun boleh ditampal pada bisul, gatal-gatal, luka, nanah, psoriasis dan ulser.
Daun dipanaskan diletakkan pada dada untuk melegakan batuk, rasa mual, bengkak limpa dan kolik.

Kulit kayu: 
Direbus dan diminum untuk merawat cirit birit.

Akar: 
Direbus dan diminum sebagai antibiotik, antiseptik, tonik, menguatkan badan, ubat demam panas, merawat disenteri, pendarahan dalam, kaku, buasir, sesak nafas, pendarahan dalaman, membunuh cacing dalam perut dan usus, mengurangkan tekanan pada arteri dan tekanan darah tinggi.


Sumber: Wikiwand

Resepi Masakan Lemak Daun Mengkudu
Bahan-bahannya:
1) Daun mengkudu 15 helai atau lebih terpulang
2) Ikan masin kurau, 12 ketul yang telah dipotong kecil.
3) 6~8 biji buah asam belimbing
4) 5 biji cili padi
5) serbuk kunyit
6) 6 biji pisang muda
7) 1 kotak kecil santan kara tanpa kolesterol. Kalau ada santan segar lagi sedap 
8) 2 cawan air atau lebih, terpulang. Saya suka kuah yang pekat.

Cara membuatnya:
1) Daun mengkudu direbus sekejap dan kemudian dihiris. Kemudian dibilas 3~4 kali dan diperah supaya pahit daun mengkudu ni dapat dikurangkan.
2) Tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit dan masukkan kedalam periuk berisi air dan masak atas api dan bila mendidih masukkan ikan masin kurau. Kemudian masukkan pisang yang telah dihiris, asam belimbing yang telah dibelah dua dan daun mengkudu. Masak sekejap lagi atas api… tak perlu masukkan garam kerana kuahnya dah masin.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan kasihilmar wordpress

Petua Buat Rakan-Rakan: Daun Sirih Kempiskan Perut

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka.

Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun Kaduk. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional.

Pada kebiasaannya dahulu, pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.


Sumber: Wikiwand

Bahan-bahan:
  • Daun sirih (4 atau 5 Helai )
  • Air – 1000ml
Sumber: Wikiwand

Kaedah:
  • Bersihkan daun sirih terlebih dahulu, kemudian rebus dengan air hingga mendidih. 
  • Selepas itu, masukkan air rebusan ke dalam cawan. 
  • Biarkan suam panas baru minum.
  • Amalkan pada setiap pada pagi
Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Pokok Bunga Tapak Dara Yang Berkhasiat Dalam Mengawal Darah Tinggi. Ketahui Cara Rawatannya

Pokok Bunga Tapak Dara (bahasa Inggeris: Rosy Periwinkle) merupakan sebuah spesies pokok yang juga terdapat di Madagascar. Pokok ini juga dikenali dengan nama lain seperti pokok Kemunting Cina, pokok Rumput Jalang, pokok Kembang Sari Cina, atau pokok Ros Pantai. Nama saintifiknya Catharanthus roseus. 

Ia berasal dari Madagascar dan biasanya boleh dijumpai di kawasan pantai dan juga kawasan berpasir.

Batangnya berkayu pada bahagian bawah dan bercabang banyak yang akan muncul dari batangnya. Daunnya berbentuk bujur memanjang dengan rerambut halus pada kedua-dua sisinya. Pokoknya membiak melalui keratan batang dan biji benih.

Pokok bunga Tapak Dara tergolong dalam tumbuhan renek yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Pokok bunga Tapak Dara mempunyai ketinggian 60 cm dengan daun berwarna hijau tua berukuran 2-4 cm yang berbulu di sisinya. Daunnya juga tersusun secara bertentangan.Pokok bunga Tapak Dara mempunyai bunga yang terdiri dari 5 kelopak dan bewarna dari putih, biru, merah jambu dan juga ungu. Bahan dari pokok ini digunakan untuk merawat leukemia dan penyakit Hodgkin. Pokok ini mengalami bahaya kepupusan akibat ditebang secara agresif.

Sumber: Wikiwand

Pokok bunga Tapak Dara adalah pokok yang di anggap beracun dengan bahan aktif seperti Vincristine, vinblastine, reserpine, ajmalicine dan serpentine. Kandungan lain Pokok bunga Tapak Dara adalah Catharanthine, leurosine, norharman, lochnerine, tetrahydroalstonine, vindoline, vindolinine, akuammine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin.

Sumber: Wikiwand

Kesan keracunan Pokok bunga Tapak Dara menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya dan muntah-muntah dalam tempoh 24 jam. Tanda-tanda yang lain adalah neuropati, kehilangan refleks tendon, berhalusinasi, koma, sawan dan kematian.

Sumber: Wikiwand

Cara Mengawal Darah Tinggi
Pokok kemunting cina khasiatnya bagus mengawal darah tinggi.Petik 2 helai daun tersebut kemudian rendam dengan air panas dalam cawan dan tutup cawan tersebut. Apabila sudah suam airnya barulah di minum. Darah akan jadi normal jika selalu kita amalkannya.

Kegunaan Pokok Kamunting Cina Warna Putih
Kegunaan Pokok kemunting cina warna putih dapat mengubati penyakit kanser.

Daun, bunga dan buah dimasukkan dalam mulut dan dikunyah hingga lumat serta ditelan. Air yang terdapat dalam bunga, buah dan daun dapat diserap oleh sel-sel kanser dan mendesak atau menghilangkan sel-sel kanser.

Rebusan Daun
Rebusan daun dapat mengurangkan sakit haid dan merawat gigitan serangga.

Pokok kemunting cina mengandungi cantharanthine, leorosine, lochnerine, vindotine, akuamine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin. Bahan-bahan tersebut dapat mengubati dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ia juga mengandungi vinbalistin dan vincristine yang digunakan dalam kimoterapi untuk rawatan kanser.

Pokok kemunting cina menghasilkan alkaloid vinblastine dan vinkristine yang boleh merawat leukemia dan darah tinggi. 20 gram kemunting cina putih atau merah(yang telah dikeringkan) direbus menggunakan 1000ml air dan diminum airnya dipercayai mengubati penyakit tersebut.

Sumber: Wikiwand

Pokok kemunting cina dikategorikan sebagai tumbuhan beracun. Ia hanya boleh diambil dalam sukatan yang telah ditentukan dan dibenarkan sahaja.

Pokok bunga Tapak Dara adalah pokok yang di anggap beracun dengan bahan aktif seperti Vincristine, vinblastine, reserpine, ajmalicine dan serpentine. Kandungan lain Pokok bunga Tapak Dara adalah Catharanthine, leurosine, norharman, lochnerine, tetrahydroalstonine, vindoline, vindolinine, akuammine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin. Kesan keracunan Pokok bunga Tapak Dara menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya dan muntah-muntah dalam tempoh 24 jam. Tanda-tanda yang lain adalah neuropati, kehilangan refleks tendon, berhalusinasi, koma, sawan dan kematian.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Ubat Rebusan

Kenali Sawi Rana Yang Berkhasiat Dan Boleh Dimasak Atau Dimakan Mentah

Sawi rana merupakan sejenis tumbuhan kekal yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1. 2 m dalam keadaan tumbesaran yang optimum. Walaupun namanya Indian Lettuce, tapi ia berasal daripada China, Taiwan dan Jepun. Ia dibawa ke Malaysia oleh pendatang dari China dan hingga kini ditanam di Malaysia.


Sumber: Wikiwand

Ia mempunyai bunga yang mempunyai dua jantina (hermaphrodite) dan didebungakan oleh serangga. Ia memerlukan cahaya yang mencukupi dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik.

Sumber: Wikiwand

Kegunaan:
Merupakan sejenis sayuran. Boleh dimasak dengan pelbagai cara masakan atau dimakan mentah sebagai salad.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan melur.com