Wednesday

Kenali Pokok Pandan dan Petua Untuk Hidup Subur

Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.

Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.

Tumbuhan Tropika
Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia ialah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.

Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku di kedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih. 

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Pokok Pandan
Daun pandan kadangkala direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, ialah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Daun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan air sirap.

Ciri-ciri Bau Pandan
Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-asetil-1-pirolina yang turut memberi bau roti putih, beras jasmine dan beras basmati, dan bunga roti (Vallaris glabra)


Sumber: Wikiwand

Petua Untuk Hidup Subur
Pokok Temu Pauh adalah tanaman herba yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan yang hidup berumpun seperti pokok kunyit. Ia mengandungi umbisi berakar dan mengeluarkan rizom yang akhirnya akan menerbitkan anak pokok. Berikut adalah petua yang boleh diamalkan 

  • Pruning atau memangkas. Rajinkan diri anda untuk selalu melakukan pruning atau memangkas pokok pandan anda.  Tinggalkan hanya 3 tangkai sahaja.
  • Buang daun-daun kuning dan berpenyakit. Jangan dibiarkan melekat pada pokok kerana ia akan menjangkiti daun yang lain.
  • Apabila pokok pandan anda sudah mencapai ketinggian tiga kaki potong di pangkal dan biarkan tunas baru tumbuh.  Apabila tangkai pertama sudah mula berdaun, anda boleh potong pula tangkai kedua. Ulang untuk tangkai ketiga. Dengan cara ini anda akan mempunyai bekalan daun pandan sepanjang masa.
  • Akar pandan sangat aktif dan berjenis berserabut.  Jauhkan dari paip kumbahan kalau anda menanam di atas tanah. Jika menanam di dalam pasu tiada masalah.

Sumber: Wikiwand

Semoga memberi manfaat pada kawan-kawan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Bidadari