Monday

Ada Apa Pada Resort Di Melaka Ini? Persis Santorini Yang Awesome dan Jadi Tumpuan Pelancong

Sebut sahaja Santorini, semestinya anda sudah terbayang kecantikan bangunan-bangunan, lautan dan banyak lagi yang memukau mata anda. Kita semua tahu, kos untuk ke sana bukanlah murah dan tidak semua mampu.

Tahukah anda ada sebuah resort di Melaka yang bawakan ‘vibes’ Santorini ke dalam resort. Terletak di Pengkalan Balak Melaka, The Amanjena Resort yang baru sahaja dibuka akan memberikan anda 1001 kenangan manis apabila berkunjung ke sini. 


Rekaan resort ini hadir dengan rona putih dan biru menambahkan lagi ‘feeling’ seperti berada di Santorini. Malah, rekaannya yang moden dan berbeza daripada resort di Malaysia sudah cukup menjadikan ia istimewa.





Tidak hanya itu, setiap ruang di resort sangat cantik dan sesuai untuk kaki Instagram bergambar dari dalam bilik hinggalah ke luar. Memang ‘awesome’! Kolam renang merupakan antara ‘highlight’ dalam kriteria untuk mencari tempat penginapan, jadi resort ini juga tampil dengan kolam renang dan pantai.

Kiranya memang sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Menurut tinjauan kami, harga penginapan satu malam di resort ini bermula dari RM380 sahaja. Buat anda yang berminat, anda boleh membuat tempahan di sini.

Sumber rujukan: The Vocket

Ada Apa Dengan Misbun Sidek? Netizen Kagum Dengan Kata-Kata Nasihat Misbun Sidek Untuk Berjaya

Pernah mencipta sejarah dalam arena badminton, nama Misbun Sidek pastinya dikenali rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menggilap bakat Lee Chong Wei sehingga beliau pernah mencipta nama di sebagai pemain badminton nombor 1 terbaik dunia.

Selepas Lee Chong Wei bersara, mesti rakyat Malaysia berharap ada pelapis yang akan mengikuti jejak langkah Lee Chong Wei. Terbaharu, sebuah video yang memaparkan Misbun Sidek berkongsi amalan untuk jadi pemain badminton telah dikongsikan Astro Arena.

Sumber: The Vocket

Perkongsian Misbun Sidek 
Menerusi perkongsian tersebut, Misbun Sidek mendedahkan amalan yang telah dipraktikkan iaitu menjadikan hari Ahad sebagai ‘final day’ dan menegur sikap para pemain badminton negara untuk sentiasa bersedia fizikal dan mental.

Sumber: Twitter

Reaksi Netizen
Oleh itu, para netizen menunjukkan beberapa reaksi apabila menonton video tersebut. Rata-rata netizen mengatakan bahawa para pemain badminton negara bertuah kerana Misbun Sidek merupakan jurulatih mereka dan perlu bersikap serius dalam latihan untuk mengharumkan nama negara.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Untuk berjaya, anda perlu sentiasa konsisten dan berusaha dalam apa pun bidang yang diceburi. Pastinya, pemain badminton negara merupakan harapan rakyat Malaysia untuk mencipta nama di mata dunia.

Sumber rujukan: The Vocket

Apa Dah Jadi Dengan Mat Motor Ni? Gaduh Di Dataran Merdeka

Satu pergaduhan besar berlaku antara dua kumpulan mat motor difahamkan berlaku baru-baru ini di Dataran Merdeka.

Berdasarkan perkongsian video oleh Info Roadblock JPJ/POLIS dan beberapa laman lain di Facebook, dapat dilihat dua kumpulan remaja bergaduh dengan melibas helmet ke arah satu sama yang lain. 

Sumber: The Vocket

Kumpulan mat rempit ini langsung tidak menjaga jarak sosial dan hadir dalam kumpulan yang besar dengan ada individu yang dilihat tidak memakai pelitup muka. Lebih buruk lagi, mereka ini langsung tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain dengan bergaduh di atas jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Ramai netizen yang kecewa dengan perangai remaja Melayu yang terlibat dalam pergaduhan ini. Dengan hanya beberapa hari sahaja lagi sambutan kemerdekaan akan berlangsung, kes seperti ini sedikit sebanyak mencacatkan imej Dataran Merdeka yang menjadi lokasi sambutan merdekat setiap tahun.

Sebab mengapa pergaduhan ini boleh tercetus masih lagi belum jelas tetapi difahamkan berpunca daripada pergaduhan kecil yang tercetus antara ahli dua kumpulan ini.

“Budak-budak hingusan yang baru kenal dunia kebebasan hidup. Tak lama lagi mesti kena jemput beramai-ramai dalam keadaan berantai ke lokap. Kasihanlah sedikit kepada parents. Mereka harapkan masa depan korang cerah sebenarnya,” antara komen netizen yang ada pada pautan video di pergaduhan ini.

Netizen Minta Tindakan Tegas
Netizen berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini yang bukan sahaja berkumpul dalam kumpulan besar, tetapi menganggu kententeraman awam disamping tiada kluster COVID-19 baharu muncul berpunca daripada pergaduhan ini.

Sumber: Facebook

Sumber rujukan: The Vocket