Sunday

Apa Yang Boleh Digunakan Dengan Bunga Telang? Mari Buat Lopes Bunga Telang

Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.

Sumber: Wikiwand

Ramuan
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan bunga telang
  • 1 cawan gula merah @ 2 ketul gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan santan cair
  • 1 sudu teh air kapur (keruh)
  • Garam
  • Daun pisang
  • Sedikit gula putih

Langkah
  • Basuh beras pulut dan toskan.Rendam bunga telang dengan sedikit air panas sekadar tenggelam bunga.
  • Tapis air bunga tadi.Di dalam periuk,masukkan beras pulut,air bunga telang,santan cair,air,garam,air kapur dan daun pandan.
  • Kacau di atas api perlahan,sampai separuh masak.Angkat.
  • Sapu daun pisang dengan sedikit minyak untuk elak melekat semasa proses nak potong kuih nanti.Letakkan beras pulut tadi,gulung dan ikat kemas.Rebus semula sehingga masak.
  • Potong lopes dengan benang.Golekkan di atas kelapa parut yang dah dikukus.
  • Sedia untuk di nikmati bersama air gula merah.
Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Cookpad