Monday

Kenali Pokok Daun Delima Dan Cara Menyediakan Air Rebusan Serta Khasiatnya

Delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika. 

Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. 

Sumber: Wikiwand

Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Petua Daun Delima
Ini adalah petua yang biasa di amalkan oleh orang yang tahu khasiat terbaik ini. Ada yang mengamalkan rebusan daun delima ini kerana ianya mampu menguruskan badan secara semulajadi di samping mengamalkan cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Cara merebus:
Segenggam daun delima di rebus dengan 3 gelas air di jadikan segelas. Di minum seminggu 2 ke 3 hari dalam seminggu.

Kepada yang mengalami masalah payah membuang air besar elok di amalkan setiap hari selama seminggu berturut-turut secawan sehari.

Sumber: Wikiwand

Khasiat Rebusan Daun Delima

1 . Membantu masalah susah tidur malam/ insomnia.

2. Bertindak sebagai antiseptik dan anti bakteria untuk masalah sakit dalam perut yang di sebabkan oleh kuman / bakteria . Terutama kepada yang mengalami masalah pencernaan , jika di minum rebusan daun delima ini selama 5 hari berturut akan memberi kelegaan untuk pembuangan.

3. Pokok Delima mengandungi khasiat anti oksidan yang boleh menjadikan pengamal rebusan daun delima menjadi awet muda mencegah kedut.

4. Bagi yang mengalami anemia dan lemah sangat sesuai minum rebusan air daun delima ini kerana ianya mengandungi zat besi yang tinggi.

5. Sesuai untuk orang yang mahu turunkan berat badan kerana rebusan daun delima ini membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak secara semula jadi.


Kegunaan Daun Salam
Daun salam digunakan untuk menambah aroma dan rasa untuk sup, stu, masakan tumis dan pâtés dalam masakan Mediterranean. Ia juga bahan asas dalam masakan Barat yang digunakan untuk memanggang dan membakar.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand