Monday

Kenali Daun Kelor atau Moringa Serta Khasiat Bagi Petua Herba Dari Akar Hingga Buahnya

Daun kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera merupakan tumbuhan yang mampu merawat masalah kekurangan nutrien dalam badan kerana bersifat antioksidan dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Moringa adalah tumbuhan yang cukup besar berasal dari India utara. Ia juga dikenali dengan nama pokok drumstick, pokok lobak atau pokok minyak. 

Pokok Kelor - nama saintifiknya [Moringa Oleifera] juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai, atau moringa merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil : moringa, pokok kayu dram (kerana bentuk lenggi biji benihnya yang panjang dan langsing), pokok minyak ben, atau pokok benzoil (kerana minyak yang dihasilkan dari benihnya).

Pokok kelor berasal dari bahagian selatan kaki bukit Himalaya, barat laut India.

Pokok kelor biasa tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika. Ia merupakan spesies yang ditanam secara meluas dalam genus Moringa. Ia mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca. Pokok kelor cepat tumbuh dan tahan kemarau.


Pokok kelor mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya. Lengai muda dan daun pokok kelor digunakan sebagai sayuran. Lengai dari pokok ini juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.  

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Daun SalamGambaran Pokok Kelor
Ia boleh mencapai ketinggian 10-12 m (32-40 kaki) dan batangnya boleh mencapai diameter 45 cm (1.5 kaki). Kulit batang pokok Kelor mempunyai warna yang putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal. Pucuk muda mempunyai kulit keunguan kehijauan-putih, berbulu. Pokok ini memiliki silara luas dan merundup, dahan rapuhdan dedaun yang ringan tiga sekelompok tripinnate.

Sumber: Wikiwand

Mengatasi Diabetes
Tempoh berbunga bermula selepas enam bulan mula ditanam. Di Kawasan musim sejuk, ia berbunga hanya sekali setahun yang berlaku antara April dan Jun. Dalam suhu bermusim berterusan dan dengan hujan berterusan, ia berbunga dua kali atau boleh sepanjang tahun.

Buahnya adalah lenggai bertantung, kapsul coklat tiga segi dengan saiz 20-45 cm perang gelap, yang mampu memuatkan benih bulat sekitar 1 cm. Tiga biji benih di dalamnya mempunyai sayap nipis putih dan disebarkan oleh angin dan air.


Sumber: Wikiwand

Semasa penanaman, ia sering dicantas setiap tahun kepada 1-2 m (3-6 kaki) dan dibenarkan untuk tumbuhkan kembali agar buah dan daun kekal boleh dicapai dalam jangkauan lengan.

Moringa sangat menarik dan mempunyai begitu banyak khasiat tersendiri dalam perubatan dan kesihatan manusia, termasuklah:

1. Kandungan nutrisi yang tinggi

Bahagian yang paling berkhasiat pada pokok moringa adalah daunnya. Daun moringa kaya dengan vitamin B, vitamin C dan provitamin A. Kandungan zat dalam 100g daun moringa segar yang dimasak bersamaan dengan kandungan zat  dalam makanan-makanan lain yang bergizi tinggi. Daunnya boleh digoreng  dengan sedikit minyak masak seperti penyediaan bayam. Ia juga boleh direbus dan dijadikan sup. Bukan itu sahaja, daun moringa boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk untuk digunakan dalam masakan lain.

2. Menurunkan kolesterol

Kolesterol tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa daun moringa sangat berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol.

3. Mencegah diabetes

Serbuk daun moringa dapat mengurangkan tahap lipid dan glukosa serta mengawal selia oksidatif stres pesakit diabetes. Hal ini bermaksud ia boleh merendahkan gula darah dan kolesterol, sekali gus meningkatkan perlindungan terhadap kerosakan sel.


 4. Penambah zat untuk ibu hamil

Daun moringa digunakan sebagai penambah zat bagi masalah kekurangan vitamin, terutamanya kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi. Kandungan zat yang tinggi dalam daun dan buahnya membantu ibu hamil atau ibu menyusu mendapat zat tambahan. 


Sumber: Wikiwand

5. Melindungi hati

Moringa mengandungi kepekatan polyfenols yang tinggi dalam daun dan bunga. Ia berfungsi  melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan, dan kerosakan. Minyak moringa juga boleh memulihkan enzim hati kepada tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif serta meningkatkan kandungan protein dalam hati.

 6. Melawan radikal bebas

Moringa mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polyfenols, dan asid ascorbik dalam daun, bunga, dan benih. Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan  molekul yang menyebabkan tekanan oksidatif, kerosakan sel atau keradangan.


Sumber: Wikiwand

 7. Melawan keradangan

Radang atau inflammation berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi badan terhadap jangkitan atau kecederaan. Ianya perlu sebagai satu mekanisme pertahanan badan. Namun begitu, masalah akan timbul apabila radang ini berterusan untuk tempoh yang lama. Kajian membuktikan bahawa daun, buah dan biji moringa dapat mengurangkan kesan keradangan ketara dalam sel.

8. Menstabilkan tekanan darah

Daun moringa dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan. Hal ini kerana tekanan  tinggi boleh menimbulkan banyak risiko, termasuklah penyakit jantung yang membahayakan kesihatan seseorang.

9. Membantu sistem penghadaman

Daun moringa mempunyai sifat antimikrob dan antibakteria yang dapat melawan jangkitan. Ia berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran darah dan kencing serta masalah penghadaman. 

10. Menyokong kesihatan otak


Moringa berperanan menyokong kesihatan otak dan fungsi kognitif. Kandungan vitamin E dan vitamin C dapat melawan pengoksidaan yang membawa kepada kemerosotan neuron. Ia juga mampu menstabilkan neurotransmitters serotonin, dopamine dan noradrenalin dalam otak manusia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Suzyhoney