Saturday

Kenali Pokok Manggis Dan Khasiat Air Rebusan Daun Manggis Dalam Turunkan Kencing Manis Serta Kolestrol

Manggis (Garcinia mangostana) ialah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah".

Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.

Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih daripada 100F, biji benih mati pada 45F.



Sumber: Warisan Petani

Pembiakan
Biji benih manggis mempunyai tempoh hayat yang pendek dan perlu ditanam dengan segera. Ia hanya tahan antara 1-5 hari dan perlu ditanam serta merta selepas dikeluarkan dari buahnya. Percambahan memakan masa antara 2-3 minggu. Anak pokok akan menghasilkan akat tunjang yang panjang yang penting bagi daya hidup pokok, oleh itu pemindahan anak pokok perlu dilakukan dengan berhati-hati agar ia tidak merosakkan akar tunjang muda tersebut. Bentuk pembiakan lain sukar hidup.

Pokok manggis akan berbuah 6-12 tahun selepas ditanam daripada biji benih. Buah manggis biasanya dimakan segar kerana rasanya yang lazat. Buah manggis segar boleh ditinkan, tetapi rasanya jauh kurang menarik berbanding buah yang segar.


Sumber: Wikiwand

Mengatasi Diabetes
Komplikasi yang terjadi pada penderita diabetes sangatlah serius, seperti penyakit jantung, gagal ginjal, fungsi hati rosak. Mengatasi penyakit diabetes ini adalah dengan menurunkan kadar gula darah. Dengan turunnya kadar gula darah pada penderita diabetes. Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki). Pokok manggis biasanya berbuah selepas tempoh hujan lebat. Pokok yang matang mampu berbuah antara 100 hingga 3,000 biji buah.

Sumber: Wikiwand

Pokok manggis juga amat sensifif kepada jenis tanah dan kealkalian tanah. Pokok manggis tidak tahan kawasan tanah masin, atau tanah berpasir. Manggis tumbuh di kawasan lembapan tinggi dengan kadar hujan 180-250 cm setahun. Pokok manggis boleh ditanam berhampiran sungai, kolam atau kawasan berair di mana sistem akarnya kekal lembab sepanjang tahun. Pokok manggis boleh hidup subur sekiranya sistem pengairan dan pengaliran air adalah baik serta kandungan bahan organik dalam tanah yang seimbang dan tinggi.

Bahan-bahan penyediaan air rebusan Manggis

  • 10 helai daun manggis
  • 4 cawan air
  • Periuk Tanah

Cara penyediaan:

  • Daun manggis direndam selama 10 minit dalam air garam
  • Daun manggis dicarik-carik sehingga halus
  • Masukkan 4 cawan air dalam periuk
  • Masukkan semua daun manggis yang telah direndam air garam
  • Renehkan di atas api yang sangat perlahan
  • Renehkan sehingga air jadi separuh
  • Reneh sehingga airnya bertukar menjadi kemerah-merahan
  • Tunggu sehingga sejuk barulah ditapis
  • Buang daunnya. Airnya disimpan dalam bekas dan simpan di dalam peti air untuk mengelakkan dari rasa masam

Cara minum:

  • Minum suku cawan setiap pagi
  • Hangatkan terlebih dahulu
  • Minum 1 gelas air suam
  • 15 minit kemudian barulah sarapan pagi



Sumber: Warisan Petani

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot