Friday

Kenali Ubi Gadong Yang Beracun - Digunakan Untuk Mengawal Perosak Tanaman


Ubi Gadong atau nama saintifiknya Dioscorea daemona (atau D. hispada Dennst.[1], D. hirsuta Dennst., Dioscorea triphylla Auct.) merupakan sejenis ubi beracun jika dimakan begitu sahaja. Tetapi ubi ini boleh dimakan dengan pemprosesan yang betul. [2] Ubi gadung dikatakan berasal dari India tetapi tersebar luas ke Asia Tenggara di kawasan hutan sekunder, belukar dan turut ditanam di kawasan taman. Ubi gadung yang telah diproses enak dimakan bersama kelapa parut yang disalut sedikit garam dan gula.


Sumber: Wikiwand

Ubi gadong tumbuh membesar di dalam tanah. Ia hidup liar di hutan sekunder, belukar dan biasanya juga ditanam di taman. Ubi gadung adalah tumbuhan beracun dan mampu hidup dalam pelbagai keadaan cuaca. Ia boleh hidup bertahun lamanya dan amat sukar untuk mati. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang hidup menjalar dan memanjat serta boleh memanjang hingga 20 meter dengan batangnya yang berduri.

Daun pokok ubi gadung ini kelihatan seperti daun sirih. Pokok ubi gadong menjalar sementara batangnya pula mempunyai banyak duri. Ubinya mempunyai saiz yang berbeza-beza, ada yang mencapai berat sehingga lima kilogram. Ubi Dioscorea hispida berwarna kemerahan dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan.

Kajian saintifik menunjukkan ubi ini mengandungi sejenis sebatian beracun, bernama dioscorine, ia itu sejenis alkaloid mudah larut di dalam air. Walaupun beracun, masyarakat Melayu dan kaum pribumi telah berjaya menjumpai cara untuk menghilangkan kandungan racunnya.

Perubatan

Ubi gadung kini dikaji bagi ciri-ciri keupayaannya membunuh cacing dan serangga, selain dari kajian bagi menguju keberkesanan perubatan tradisinya yang lain. 

Ubi gadung mempunyai nilai perubatan. Ia kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid. Steroid di dalam ubi ini terdapat dalam bentuk bergabung dengan gula, iaitu saponin. Steroid ialah sumber asli penting dalam penghasilan ubatan hormom. Saponin bersifat anti agregasi platlet, menghalang pengetulan (agregasi) platlet di dalam darah. 

Secara tidak langsung , saponin menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis .


Digunakan Untuk Mengawal Perosak Tanaman

Di Kedah, ubi gadong mempunyai peranan tersendiri dalam mengawal perosak tanaman terutama sekali ulat pengorek batang di sawah padi. Ubi gadong akan dihiris-hiris dan ditaburkan di dalam sawah padi dan parit. Kaedah ini didapati berkesan untuk mengawal populasi ulat pengorek batang. 


Sumber: Herba & Tumbuhan

Keracunan dioscorine berkemungkinan mengakibatkan kematian ulat pengorek batang. Terdapat kajian di Jepun dan Filipina menggunakan toksin dioscorin bagi mengawal larva serangga jenis Lepidoptera (kupu-kupu). Toksin ini menyebabkan larva Lepidoptera tidak lalu makan, pertumbuhan terbantut dan mati akibat kesan toksin dioscorin.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Herba & Tumbuhan