Saturday

Hati-Hati Bila Menguap! Kalau Besar Sangat Boleh Terkehel

Menguap adalah satu refleks penyedutan udara dan perengangan gegendang telinga, diikuti oleh penghembusan nafas. Ia biasa berlaku apabila penat, stres, kerja berlebihan, kebosanan dan mengantuk.

Bagaimana pun, aktiviti menguap ini boleh mendatangkan bahaya, lagi-lagi apabila ia disertakan dengan bunyi ‘tuk’, berkemungkinan menunjukkan tulang rahang terkehel.

Rahang terkehel ini berlaku apabila sendi dalam bahagian mulut terkeluar daripada soketnya, akibat daripada menguap yang terlampau besar, makan melebihi kemampuan mulut, atau ketika muntah teruk dan semasa prosedur dental.

Adalah lebih baik jika anda mengelakkan ini daripada berlaku dengan mengamalkan tutup mulut semasa menguap, tidak membuka mulut dengan luas, serta makan pada kuantiti yang mencukupi dan tidak berlebih-lebihan.