Sunday

Ada Apa Pada Pelitup Muka Ini? Habis Dijual Ketika Dilancarkan Di Jepun

Ketika dilancarkan di Jepun beberapa minggu yang lalu, pelitup muka keluaran Uniqlo habis terjual di mana penduduk Jepun sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

Uniqlo mula menghasilkan pelitup muka ini selepas mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan dan pelitup muka ini diperbuat daripada kain 3-lapisan AIRism yang mempunyai ketahanan 99% Bacterial Filtration Efficiency (BFE). Pelitup muka ini juga dikatakan dapat menyekat water droplets, partikel bakteria serta debunga.

Sumber: The Vocket

Namun, Uniqlo tidak melupakan peminat jenama itu di seluruh dunia apabila ia turut akan dilancarkan di Malaysia pada 14 September depan. Uniqlo AIRism Face Masks ini akan dijual secara dalam talian serta cawangan Uniqlo di serata Malaysia.

Dua pilihan warna dihasilkan oleh Uniqlo iaitu putih dan juga hitam dan akan dijual pada harga RM39.90 (satu paket mengandungi 3 pelitup muka). Dari segi ketahanan, Uniqlo berkata pelitup muka ini tahan sehingga 20 cucian untuk dipakai semula.

Ramai yang berpuas hati dengan kelembutan pelitup muka Uniqlo ini yang diperbuat daripada material yang sangat lembut. Jika anda sedang mencari pelitup muka yang sedap untuk dipakai, jangan terlepas peluang untuk mendapatkan Uniqlo AIRism Face Masks ini.

Sumber: The Vocket

Sumber rujukan: The Vocket