Sunday

Ada Apa Pada Filem Geran? Tidak Mendapat Sambutan Di Negara Kita Tetapi Diiktiraf Di Luar Negara

Pada Oktober tahun lalu, filem Geran yang menonjolkan budaya Melayu dan aksi persilatan tidak mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat filem industri tempatan.

Walau bagaimanapun, filem Geran terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19.

Sumber: The Vocket

Pengarah Terkejut
Pengarah dan penerbit filem Geran, Mohd Shahreel Abu Bakar berasa terkejut dan gembira selepas mengetahui filem arahan pertamanya dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij itu. 

Tambahnya, anugerah itu adalah penghargaan besar kepada kru produksi dan peminat filem Geran yang mengangkat seni silat Gayong Pusaka dan budaya masyarakat Malaysia ke layar perak di mata dunia.

Malah, menampilkan pelakon hebat seperti Namron, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng dan Megat Shahrizal. Kejayaan filem itu meletakkan pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), dan Jung Byung-gil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlangan filem aksi itu sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, NYAFF adalah festival filem berprestij di Amerika Syarikat yang mengangkat pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia. 

Sumber: The Vocket

Pastinya ini satu pencapaian yang membanggakan untuk rakyat Malaysia apabila filem kita mampu mendapat anugerah di luar negara. Anda rasa mengapa filem ini hanya ‘suam-suam kuku’ di Malaysia?

Sumber rujukan: Berita Harian