Friday

Kenali Pokok Nenas Dan Cara Penanaman Serta Pemilihan Buah Nenas Yang Elok

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

Sumber: Wikiwand

Penanaman Pokok Nenas
Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.


Sumber: Wikiwand

Khasiat
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Perubatan
Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Cara Memilih Nenas
Pilih nanas yang masak iaitu yang berwarna kuning terang. Elakkan juga membeli nanas yang sudah layu kerana terlalu masak. Ia dapat dilihat daripada keadaan kulitnya yang berkedut, merekah, dan daunnya yang layu.

Lebih bagus jika anda membeli nanas pada hari anda mahu memakannya. Nanas boleh disimpan di dalam peti sejuk sama ada sebelum atau selepas memotongnya.

Tapi, pastikan anda memakannya dalam tempoh 3 sehingga 5 hari.


Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand