Sunday

Kenali Akar Seratus - Akar Boleh Dibuat Air Rebusan Untuk Ibu Bersalin

Akar seratus adalah sejenis tumbuhan herba berumpun yang tidak berbatang dan tumbuh liar di kawasan hutan. 

Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan padat pada pangkal batang, berbentuk bujur memanjang, dengan bahagian hujung yang tajam. 


Sumber: hanshanis.com

Daun keluar dari pangkal batang, urat daun yang memanjang jelas kelihatan dan berwarna hijau tua. 

Bunganya jenis majmuk, jambak bunga keluar dari tangkai yang panjang berwarna hijau. Buahnya berjambak, berbentuk bujur dan berwarna hijau. 

Sumber: Serasi Lestari

Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan dan Cara Kegunaan
Kegunaan: -Air rebusan akarnya diminum untuk merawat tenaga batin dan ubat periuk untuk ibu selepas bersalin. 

Sumber: Serasi Lestari


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand, Warisan Petani blogspot, Serasi Lestari blogspot