Wednesday

Pokok Misai Kucing - Digunakan Untuk Memperbaiki Saluran Kencing dan Buah Pinggang

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.


Sumber: Wikiwand

Kegunaan Pokok Misai Kucing?

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. 

Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. 

Sumber: Wikiwand

Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah). 

Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan hellosehat.com