Monday

Punca Messi Mahu Pergi Percuma, Firma Guaman Ini Dipecat Barcelona

Kecelaruan di kem Barcelona semakin panas. Barcelona dilaporkan memecat rakan firma undang-undang mereka, Cuatrecasas, yang dianggap sebagai salah satu sebab di sebalik keinginan Lionel Messi untuk meninggalkan Camp Nou.

Messi menimbulkan masalah di Barcelona setelah mengajukan permintaan minggu lalu untuk meninggalkan Nou Camp.

La Pulga mahu meninggalkan Barca secara percuma.

Sumber: The Vocket

Salah satu sebab Lionel Messi membuat keputusan mahu mengaktifkan klausa pergi secara percuma pada kontraknya adalah kera firma guaman Cuatrecasas.

Firma itu dikatakan memberikan nasihat kepada La Pulga untuk mengajukan permintaan berpindah.

Barca akhirnya mengetahui mengenai peranan firma guaman. Mereka dilaporkan merasa marah.

Namun sebenarnya firma tersebut bukan menghasut Messi. Mereka cuma memberikan panduan kepada Messi tentang klausa yang ada pada kontraknya.

Marca melaporkan bahawa Pegawai Barcelona menganggap penglibatan Cuatrecasas dalam kemungkinan pemergian Messi sebagai tindakan yang tidak dapat diterima.

Kontrak Messi kini menyebabkan konflik antara pemain dan kelab. La Pulga menegaskan dia boleh pergi secara percuma. Barcelona pula merasakan perjanjian itu hanya akan sah sehingga 10 Jun.

La Liga turut memberikan sokongan terbuka kepada Barcelona. Di mana menurut La Liga hanya ada satu sahaja cara Messi boleh meninggalkan Barcelona iaitu dengan menerima bayaran €700 juta daripada klausa pelepasan Messi.

Lionel Messi dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City. Selain faktor kewangan, ia juga adalah kerana adanya bekas pengurus beliau, Pep Guardiola.

Sumber: The Vocket


Sumber rujukan: The Vocket

Sunday

Ucapan Terakhir Dari Para Avengers Buat Bintang Black Panther

Sebut sahaja Black Panther pasti ramai yang cukup ingat dengan slogan ‘Wakanda Forever’. Slogan yang dipimpin oleh T’Challa selaku hero dalam filem ini sekaligus berjaya membuatkan watak yang dilakonkan oleh Chadwick Boseman menjadi ikonik.

Pada hujung bulan ini, dunia dikejutkan dengan kematian Chadwick Boseman pada usia 43 tahun. Apa yang lebih mengejutkan ramai sudah pastinya punca kematiannya yang disebabkan kanser usus peringkat keempat yang terpaksa ditanggungnya sebelum ini.

Sumber: The Vocket

Difahamkan penyakit yang ditanggung beliau sejak 2016 ini cuma diketahui oleh keluarga terdekat beliau sahaja sebelum ini. Lebih menyayat hati, babak pertembungan bersama Thanos sewaktu Avengers: Endgame dilaporkan telah dilakonkan beliau sewaktu mempunyai sel kanser di dalam badannya.

Kematian beliau sememangnya mengejutkan ramai, khususnya kenalan rapat mendiang Chadwick Boseman yang terdiri daripada barisan para pelakon Avengers. Berikut merupakan antara ucapan yang dikongsikan oleh para pelakon mengenai pemergian bintang Black Panther ini.



Selain barisan pelakon Avengers, sejumlah besar para selebriti turut sedih dengan pemergian mengejut beliau. Beliau yang sebelum ini di dalam sebuah temu ramah pernah berjanji untuk memberi sepenuh komitmen untuk kerjanya akhirnya terjawab menerusi filem-filem lakonan terakhir beliau.

Sumber: The Vocket

Sumber rujukan: The Vocket