Monday

Jutawan Jatuh Ditimpa Tangga Jadi Papa Kedana

Johari yang berusia lingkungan 50 tahun mengakui melalui perubahan drastik selepas gagal dalam peniagaannya kira-kira 10 tahun yang lalu. Berikutan itu, dia terpaksa bergelandangan selama setahun dan mengharapkan belas ihsan orang lain.

Menurut laporan, dahulu dia berpendapatan jutaan ringgit dan mampu menaiki penerbangan kelas pertama serta tidur di hotel lima bintang. Bukan itu sahaja, Johari turut berkawan dengan orang kenamaan sebelum perniagaannya dalam bidang hartanah jatuh dan ‘tidak menjadi’.

Sumber: Gambar Hiasan; Vocket dan DonateforUmmah

Tambahnya, ketika dia dan keluarga menjadi gelandangan, isterinya telah meninggal dunia pada tahun 2008. Sudahlah tiada punca pendapatan, isteri pula tiada membuatkan dia ‘terduduk’ ketika itu.

Johari berkata, ia tempoh paling sukar buat dirinya serta keluarga namun dia tetap bersyukur ‘peringatan’ Allah SWT itu diterimanya sebelum dijemput menghadap-Nya.

Selepas setahun bergelandangan, dia diambil bekerja sebagai penyelaras bagi kerja-kerja kebajikan di lapangan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kini, Johari tinggal di rumah pusaka keluarganya dan menjadi kekuatannya untuk terus mencari rezeki adalah dua anaknya yang masih belajar di universiti.

Walaupun hari ini dia tidak berpendapatan jutaan ringgit namun Johari bahagia dan bersyukur kerana dapat membantu orang kurang bernasib baik terutamanya rakan-rakan gelandangan.

Sumber rujukan: Vocket

Tips Tak Nak Keluarkan Duit Selama 36 Tahun? Cuba Cara Lelaki Ini Yang Guna Baucar Sahaja

Lelaki ini hidup puluhan tahun tanpa mengeluarkan wang tunai. Dia bergantung pada kupon atau baucar untuk ‘membeli’ pelbagai keperluan harian, termasuk makanan.

Tidak pasti jimat atau kedekut. Lelaki yang bernama Kiriya Hiroshi yang berasal dari Jepun ini tidak pernah mengeluarkan wang selama 36 tahun, lapor Sinchew Daily.


Hiroshi dilaporkan menggantikan wang tunai dengan baucar yang dia peroleh dari stok saham. Dia yang berusia 71 tahun rupanya sudah mula melabur saham ketika berusia 35 tahun.

Di pasaran saham Jepun, terdapat sistem khas di mana pelabur yang telah melaburkan sejumlah wang akan mendapat baucar sebagai hadiah.

Kini, nilai pasaran saham Kiriya mencapai 300 juta Yen (kira-kira RM1.2 juta). Dia juga mempunyai saham di lebih daripada 900 syarikat. Dan syarikat-syarikat inilah yang bertanggungjawab memberinya sejumlah baucar setiap tahun.

Dalam temubual bersama media tempatan, Kiriya mengatakan bahawa dia menggunakan baucar tersebut untuk barang keperluan harian. Kiriya boleh mendapatkan stok beras, minyak masak, garam, pakaian, kasut, dan juga basikal.

Kiriya dikatakan mengatur perbelanjaannya dengan ketat. Dia tidak akan membelanjakan barang yang melebihi nilai baucar. Selain itu, Kiriya hanya menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan.

Tidak hairanlah dia mampu berjimat selama 36 tahun dengan hanya menggunakan baucar.

Sumber rujukan: Vocket