Saturday

Pokok HerbaTarragon Tidak Boleh Dibiak Melalui Benih Tetapi Menggunakan Keratan Batang. Ketahui Caranya.

Tarragon atau nama saintifiknya Artemisia dracunculus merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga bunga matahari , Asteraceae. Ia juga dikenali dengan nama lain iaitu estragon. Tarragon ditanam kerana kegunaan masakan dan perubatannya.


Sumber: resepinannie.blogspot.com

Cara Pembiakan dan Penanaman
Tarragon merupakan rempah wajib dalam masakan preancis. French tarragon , merupakan variasi tarragon yang digunakan dalam masakan. Baunya menyerupai bau jintan manis.

Ia tidak boleh dibiakkan melalui biji benih , hanya boleh menggunakan kaedah keratan batang dan pecahan akar. 

Seperti herba inggeris yang lain , tarragon juga menyukai tanah yang tidak terlalu kaya dengan nutrien. semaian taragon boleh dibuat dengan menggunakan bahagian pucuknya. semai dalam tanah holland dan biarkan ditempat teduh hingga berakar. setelah itu baru dipindahkan ke pasu. 

Tarragon boleh di tuai bila-bila masa dan disimpan kering untuk kegunaan. 

Tarragon yang matang menghasilkan bunga yang berwarna kuning dan cantik.

Kegunaan Tarragon dalam Masakan
Tarragon banyak digunakan dalam masakan ayam, ikan dan telur. Di Barat tarragon segar direndam dalam cuka untuk menghasilkan cuka tarragon. Digunakan juga sebagai perasa minuman berkarbonat yang popular di negara-negara seperti Armenia, Azerbaijan, Georgia and, by extension, Russia, Ukraine and Kazakhstan. Minuman ini dikenali dengan nama tarhun. di negara Iran, ia digunakan sebagai penambah perisa dalam jeruk, seperti jeruk timun dan lain-lain lagi.

Sumber: resepinannie.blogspot.com

Kesihatan dan perubatan
Dari segi kesihatan dan perubatan pula, kegunaan taraggon menyamai kegunaan jintan manis. Rekod pertama mengenai tarragon yang menjumpai menunjukkan tarragon telah digunakan seawal 600 tahun yang lalu. Ia mula diperkenalkan di Itali pada pada kurun ke 10 , hasil dari penaklukan bangsa mongol ke atas itali. Rekod menunjukkan bangsa mongol menggunakan tarragon sebagai ubat untuk mendapatkan tidur yang lena, penyegar nafas dan rempah masakan. Antara kegunaan perubatan tarragon ialah:

1. Sebagai penahan sakit- mengunyah tarragon , dapat melegakan kesakitan dalam mulut dan sakit gigi. untuk kelegaan sakit bahagian lain, tarragon boleh diminum sebagai teh
2. minum teh tarragon dapat membantu menanngani masalah insomnia.
3. Menambah selera makan. Tarragon boleh diambil sebagai salad atau ulam.
4. Kelegaan ketika haid.
5. Menangani masalah penghadaman
6. mengelakkan penyakit jantung kerana tarragon dapat menghalang pembekuan platlet yang menjadi penyebab serangan jantung.

Kegunaan mudah tarragon dalam masakan
1. cincang tarragon halus-halus dan tabur dalam salad kegemaran anda
2. Tabur atas telur kegemaran anda
3. Tabur atas makanan laut kegemaran
4. Tabur tarragon atas ayam sebelum dipanggang
5. Tambah pada sos kegemaran anda untuk dapatkan rasa yang berbeza.

Sumber: resepinannie.blogspot.com

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan resepinannie.blogspot.com

Kenali Pokok Senduduk Yang Mempunyai Khasiat Kesihatan Alami Dan Cara Penyediaan Rawatan Penawar

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.


Sumber: Wikiwand

Kegunaan Pokok Senduduk
* Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya adalah :-

1. Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar – Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

Sumber: Wikiwand

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim

6. Mengatasi Buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

Sumber: Wikiwand

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

Sumber: Wikiwand

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada rakan-rakan

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot