Friday

Kenali Pokok Semambu dan Cara Menggunakan Daun Semambu Bagi Rawatan Demam Campak

Pokok Semambu atau juga dikenali sebagai daun mambu adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Nama saintifik bagi daun semambu ialah Azadirachta indica. Daun semambu dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Terdapat pelbabagi nama lain bagi daun semambu seperti:
  • Neem
  • Arya Veppu
  • Azad Dirakht
  • Nimba
  • DogonYaro
  • Margosa
  • Neeb
  • Nimtree
  • Vepu
  • Vempu
  • Vepa
  • Kohomba
  • Vempu
  • Tamar
  • Indian Lilac
Sumber: Wikiwand

Keistimewaan Daun Semambu
Daun semambu adalah sejenis pokok perubatan yang digunakan dalam kaedah perubatan alternatif di seluruh dunia kerana terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan tersebut. Sifat anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus adalah kelebihan yang tidak dapat dijumpai dalam tumbuhan lain menjadikan pokok semambu begitu istimewa.

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Daun Semambu
Daun semambu adalah pokok 1001 kegunaan yang selalunya didanam di halaman rumah. Jika anda mempunyai pokok semambu, jangan terkejut kalau rumah anda sering dikunjungi oleh orang yang tidak dikenali untuk meminta sedikit daun semambu yang anda tanam. Di antara kegunaan daun semambu ialah:

1. Mengurangkan kegatalan akibat demam campak dan demam cacar

Ini adalah kegunaan daun semambu yang paling diketahui ramai. Bila ada ahli keluarga yang terkena dua penyakit ini, pasti ada yang akan mencadangkan anda untuk mencari daun semambu untuk mengurangkan kegatalan yang dialami. Bagaimana cara untuk menggunakan daun semambu bagi dua penyakit ini? Anda boleh gunakan daun semambu dengan cara:
  • Jadikan sebagai air mandian. Ramas daun semambu sehingga hancur dan campurkan dalam air mandian pesakit.
  • Gunakan untuk melibas bahagian badan yang kegatalan.
  • Mengalas tempat tidur pesakit.
Sumber: Warisan Petani

2. Menghilangkan penyakit kulit

Daun semambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan penyakit kulit dengan berkesan. Di antara penyakit kulit yang boleh diatasi dengan daun semambu ialah:
  • Ekzema
  • Alahan kulit
  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Kurap
  • Kulat air
  • Panau
Caranya ialah dengan cara menumbuk daun semambu sehingga lumat dan ditampal pada bahagian kulit yang bermasalah. Anda juga boleh amalkan mandi dengan air daun semambu yang telah diramas. Amalkan selalu dan anda akan melihat kesannya kepada kulit anda.

3. Rawatan untuk kulit terbakar
Mungkin anda tidak tahu bahawa daun semambu boleh digunakan untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran. Ia boleh digunakan sebagai rawatan kecemasan sebaik sahaja terbakar dan boleh juga digunakan untuk luka terbakar yang lama dengan tujuan untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan parut. Caranya ialah:
  • Ambil segenggam daun semambu
  • Rebus sehingga mendidih
  • Tumbuh sehingga daun lumat dan menjadi pes
  • Tampal pada bahagian kulit yang terbakar
  • Biarkan sehingga pes tadi kering dan ganti dengan pes yang baru
4. Rawatan kulit kepala
Kegunaan daun semambu yang seterusnya ialah sebagai rawatan kulit kepala bagi mencegah dan mengurangkan masalah keguguran rambut, mengurangkan uban , mengtasi kegatalan kulit kepala dan merawat kelemumur. Caranya:

  • Ambil sedikit daun semambu
  • Ramas sehingga hancur
  • Masukkan ke dalam sedikit air
  • Setiap kali mandi, selepas anda sudah siap bersyampu dan bersabun, ambil air rendaman daun semambu tadi dan basahkan seluruh kepala. Urut bagi memastikan air tadi sampai ke kulit kepala. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa.
5. Mengawal paras gula dalam darah

Khasiat daun semambu yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah untuk mengawal paras gula dalam darah. Adalah sangat penting untuk kita memastikan bahawa paras gula dalam darah berada dalam bacaan yang normal. Ini kerana bacaan gula yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menjejaskan kesihatan. Caranya: 
  • Minum air rebusan daun semambu setiap hari pada waktu pagi dan petang sehingga bacaan gula anda menjadi normal.

Sumber: Warisan Petani

Semoga perkongsian cara menggunakan daun ini memberi manfaat pada rakan-rakan.


Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Wednesday

Kenali Pokok Pandan dan Petua Untuk Hidup Subur

Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.

Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.

Tumbuhan Tropika
Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia ialah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.

Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku di kedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih. 

Sumber: Wikiwand

Kegunaan Pokok Pandan
Daun pandan kadangkala direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, ialah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Daun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan air sirap.

Ciri-ciri Bau Pandan
Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-asetil-1-pirolina yang turut memberi bau roti putih, beras jasmine dan beras basmati, dan bunga roti (Vallaris glabra)


Sumber: Wikiwand

Petua Untuk Hidup Subur
Pokok Temu Pauh adalah tanaman herba yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan yang hidup berumpun seperti pokok kunyit. Ia mengandungi umbisi berakar dan mengeluarkan rizom yang akhirnya akan menerbitkan anak pokok. Berikut adalah petua yang boleh diamalkan 

  • Pruning atau memangkas. Rajinkan diri anda untuk selalu melakukan pruning atau memangkas pokok pandan anda.  Tinggalkan hanya 3 tangkai sahaja.
  • Buang daun-daun kuning dan berpenyakit. Jangan dibiarkan melekat pada pokok kerana ia akan menjangkiti daun yang lain.
  • Apabila pokok pandan anda sudah mencapai ketinggian tiga kaki potong di pangkal dan biarkan tunas baru tumbuh.  Apabila tangkai pertama sudah mula berdaun, anda boleh potong pula tangkai kedua. Ulang untuk tangkai ketiga. Dengan cara ini anda akan mempunyai bekalan daun pandan sepanjang masa.
  • Akar pandan sangat aktif dan berjenis berserabut.  Jauhkan dari paip kumbahan kalau anda menanam di atas tanah. Jika menanam di dalam pasu tiada masalah.

Sumber: Wikiwand

Semoga memberi manfaat pada kawan-kawan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Bidadari