Thursday

Kenali Pokok Terung Pipit dan Cara Penanaman Serta Penjagaan Pokok Ini

Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak , 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus , sedikit zat besi , vitamin A , B1 , dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.

Selain itu akar terung pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan , penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut .


Terung pipit adalah sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.



Sumber: Wikiwand

Kegunaan Pokok Terung Pipit
1. Mengubati sakit kepala

2. Mengubati sengal-sengal badan

3. Taun dan cirit-birit

4. Mengurangkan demam panas

5. Merawat buasir 
    caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion

6. Merawat tumit kaki yang pecah 
    caranya: akarnya ditumbuk dan ditempelkan pada bahagian yang berkenaan.

7. Menurunkan tekanan darah tinggi

8. Buah terong pipit sedap dimasak kari dan dijadikan ulam, dicicah sambal belacan atau budu.

9. Daunnya dijadikan bahan perisa masakan.

Sumber: Wikiwand

Khasiat Ubatan
  1. Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yg diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga. 
  2. Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit perut . 
  3. Manakala bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan disedut asap nya. 
  4. Bagi yang mempunyai masalah pada bahgian kulit kaki yg merekah ataupun bengkak , boleh lah menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yang bermasalah. 
  5. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yg bengkak . Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.


Iklim dan Tanah
Terung tumbuh subur di kawasan ketinggian sehingga 900 a.p.l.  Ia memerlukan perubahan kecil dalam suhu harian dan keadaan sekitar terlindung.  Pengairan diperlukan pada musim panas.  Terung hidup subur di atas berbagai jenis tanah yang mempunyai saliran yang baik dan kaya dengan baja organan.  pH tanah ayng paling sesuai ialah 6.0 – 7.0

Penyediaan Tanah
Di ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2 m (48 inci) lebar dan 22-39 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (18 inci).  Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi).

Dalam Pasu
Dalam pasu dan bekas-bekas lain.  Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu hingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

Menyediakan Anak Benih
Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi.  Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir Semai 3 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.  Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 inci) dan 2 cm (1 inci) antara biji benih.  Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.  Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.  Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai.  Sebelum diubah ke ladang dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.



Sumber: Wikiwand

Penanaman Pokok Terung Pipit
Di ladang
Anak benih yang berumur 3-4 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 60 cm antara baris.

Dalam Pasu
Tanam terus 3-4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm (1 inci).  Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.


Sumber: Wikiwand

Siraman
Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.



Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Sunday

Khasiat Herba Tutup Bumi - Cara Penyediaan Bagi Merawat Selsema, Batuk dan Sakit Tekak

Tutup bumi rimba, Tapak sulaiman, Tapak tangan, Tapak Leman, Tapak gajah, Meroyan Punai Tanah, Punai Tunggal, Punai Tanah, Elephant’s foot, Solomon’s seal, Prickly leaved(Inggris), Do mairuu lom, kee fain ok khuun (Thailand), Yaanaichhuvadi (India), Dila-dila, tabatabakohan (Filipina), Tapak tangan,talpak lana, tampak liman (Madura), Tutup bumi (Sumatera)

Pengenalan
Tumbuhan ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.8m – 3.7m tinggi. Merupakan tumbuhan ‘dioecious’ di mana tumbuhan jantan dan betina boleh dibezakan dengan mudah. Pokok betina mempunyai ‘pistillate’ (bahagian bunga yang mempunyai ovari bunga). Bunganya mempunyai warna yang pelbagai iaitu dari warna ungu ke warna merah cerah dan bunganya tumbuh berjuntai.



Sumber: Khasiat Pokok Herba

Khasiat
Di Malaysia, Tutup bumi diminum untuk faedah diuretik, untuk menurunkan panas badan (febrifuge) dan untuk sebagai ubat cacing (anthelmintic), juga digunakan secara luaran sebagai tuam untuk sakit perut dan aduan – aduan lain. Rebusan dari daun atau akar digunakan sebagai tonik menghapus cacing gelang dan merawat batuk dan penyakit kelamin (venereal diseases). Akar dan daunnya diguna-pakai selepas bersalin sebagai ubat pelindung. Air rebusan dari akar segar dan sirih diberi untuk meredakan muntah manakala daunnya disyorkan untuk merawat bengkak - bengkak (dropsy).

Sumber: Khasiat Pokok Herba

Akar tumbuhan ini digunakan untuk demam dan untuk menahan muntah.

Daun digunakan dalam Piles (Kesakitan disebabkan oleh vena bengkak pada atau di dalam gulongan kedutan otot yang mengelilingi pembukaan (sphincter) dubur). Daun Lebam direbus dalam minyak kelapa digunakan untuk ulser dan ekzema.
Bunganya memiliki sifat afrodisiak, tonik dan expectorant (Mengeluarkan (kahak atau lendir) dari paru-paru melalui mulut); merawat biliousness (Keresahan gastrik yang disebabkan oleh gangguan pundi hati atau hempedu), masalah hati dan batuk .


  • Di Indo-China, Thailand, Indonesia dan Filipina. Tumbuhan ini digunakan sebagai diuretik dan meredahkan demam . Akarnya, ditumbuk untuk jus nya atau direbus;
  • Di Indonesia digunakan sebagai ubat penyakit keputihan (leucorrhea), kurang darah (anemia) bagi wanita dan kanak-kanak, disentri, amandel, demam , influensa, cacar air, kesakitan semasa haid, radang tenggorok, peradangan ginjal dan batuk .
  • Di Filipina, Air rebusan atau rendaman (infusion) akar dan daun digunakan sebagai pelembab kulit (emollient), sebagai ubat cirit-birit , disentri, penyakit paru-paru, kudis gatal (scabies), pelepasan urethral dan untuk memudahkan kencing (anuria) dan pengeluaran lendir dari alat kelamin (belnnorrhea).
  • Di Indo-China, rebusan dari tumbuhan ini digunakan sebagai diuretik, tonik, pengeluar peluh (diaphoretic), sebagai agen penggalak haid (emmenagogue), dan diambil secara dalaman untuk gangguan pencernaan, demam berulang kali dan ketidak tetapan haid.
  • Dalam perubatan tradisional Cina, tumbuhan ini digunakan untuk merawat konjunktivitis, wabak ensefalitis B (epidemic encephalitis B ) , Lendir dalam paru-paru (pertussis), hepatitis akut, sirosis (cirrhosis), ascitis, hepatitis akut dan kronik, penyakit kulit (ferunculosis) dan radang kulit (eczema).
  • Orang Taiwan menggunakan akar ini untuk melegakan sakit dada. Ubat ‘Teng-Khia-U’ dari Taiwan adalah ubat terdiri daripada keseluruhan tumbuhan Tutup bumi Elephantopus scaber, E. Mollis dan Pseudoelephantopus spicatus. Telah terbukti ekstrak air dari tiga tumbuhan ini mempunyai kesan perlindungan kepada hati dari kesan karbon tetraklorida (CC14) penyebab kerosakan hati akut.
  • Di India, air rebusan akar digunakan dalam merawat penyakit cecair yang keluar dari kemaluan (urethral discharges), cirit-birit , disentri, kesakitan membuang air kecil (dysuria) dan sebagai tonik untuk jantung.
  • Di Seri Langka, pepejal yang disediakan daripada daun tumbuhan Tutup bumi, air dan madu digunakan untuk merawat penyakit kuku dan luka - luka yang disebabkan oleh gigitan haiwan liar.
  • Di Madagascar, ia dianggap diuretik dan menyejukkan dan di Hindia Barat sebagai tonik, pengeluar peluh (diaphoretic), dan sebagai penggalak haid (emmenagogue) dan diberikan untuk gangguan pencernaan berserta pedih ulu hati dan mual (dyspepsia), demam tidak menentu dan tekanan perasaan disebabkan haid (menstrual derangements).
  • Tumbuhan ini juga digunakan secara tradisional di Brazil untuk mengeluarkan batu karang .
  • Bagi masyarakat Cina di Malaysia, herba ini digunakan untuk merawat sakit tulang belakang di mana urat-urat dan saraf-saraf dapat diperkuatkan selepas mengalami kecederaan. Caranya adalah dengan mengukusnya dengan ayam betina tua tanpa kulit selama 4 jam dan di minum sebagai sup, lebih pekat, lebih mujarab.
  • Di Thailand daun tutup bumi digunakan untuk mencegah kehamilan, melancarkan air kencing dan afrodisiak. Daun dan akarnya digunakan untuk meningkat stamina.



Sumber: Khasiat Pokok Herba

Cara Penyediaan Bagi Merawat Selsema dan Sakit Tekak
1. Ambil kesemua bahagian tanaman tutup bumi dan bersihkannya.

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 2 –

2. Setelah bersih, rebuskan ia hingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, biarkan seketika air rebusan tersebut.
4. Kemudian, tapiskannya ke dalam gelas dan minumlah secara perlahan-lahan.

Cara Penyediaan Bagi Merawat Anemia
1. Ambil bahagian akar tutup bumi sahaja.
2. Bersihkan akar tersebut dan rebuskan sampai ia mendidih.
3. Kemudian biarkan air rebusan tadi suam, tapiskan ia dan minumlah dengan perlahan.

Cara Penyediaan Bagi Merawat Batuk
1. Ambil beberapa helai daun tutup bumi.
2. Bersihkannya dan salai(layur) daun tersebut di atas api.
3. Akhir sekali, gosokkanlah daun tersebut pada bahagian leher anda.



Sumber: Khasiat Pokok Herba

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Khasiat Pokok Herba