Tuesday

Kenali Pokok Duit-Duit - Dan Lihat Kesannya Terhadap Beberapa Pokok

Pokok duit-duit merupakan tumbuhan parasit yang hidup melekat pada pokok lain. Dipanggil pokok duit-duit kerana daunnya tebal berbentuk bulat seperti duit syiling lima sen. Ada juga daunnya yang lebih nipis dan berbentuk tirus.

Pokok duit-duit adalah tumbuhan perosak kerana ia hidup di dahan pokok lain terutama pokok buah-buahan dan mengambil makanan daripada pokok tersebut. Pokok duit-duit cepat merebak dengan cara menjalar dan melekat pada dahan pokok. Sekiranya tidak dikawal ia akan menyebabkan dahan pokok tersebut tidak sihat dan mati. Pokok duit-duit juga menjadi tempat tinggal serangga perosak seperti ulat dan semut.

Pokok duit-duit kebal terhadap racun rumpai dan cara pengawalannya adalah secara manual iaitu dengan cara menarik dan membuangnya dari dahan tempat ia menumpang.

Sumber: Warisan Petani

Pokok Duit-Duit Pada Dahan Pokok Durian


Sumber: Warisan Petani


Sumber: Warisan Petani

Pokok Duit-Duit Pada Dahan Pokok Kelapa

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Pokok Duit-Duit Pada Dahan Pokok Dokong

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani

Pokok Duit-Duit Pada Dahan Pokok Limau Kasturi

Sumber: Warisan Petani

Sumber: Warisan Petani


Pokok Duit-Duit Pada Dahan Pokok Nangka

Sumber: Warisan Petani

Pokok duit-duit adalah jenis pokok pakis yang sangat mudah membiak melalui spora terutama di dahan-dahan pokok yang rimbun dan lembab. Pokok ini harus dikawal pertumbuhannya kerana boleh menjejaskan pengeluaran hasil pokok buah-buahan dan juga boleh mengakibatkan kematian pokok

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot

Monday

Kenali Pokok Inai - Digunakan Untuk Mengubati Penyakit Kuku

Pada masa dulu pokok inai ini sering digunakan terutama bila ada majlis perkahwinan. Daunnya digunakan sebagai bahan pewarna untuk kulit, kuku dan rambut. 

Sekarang orang ramai lebih senang menggunakan pewarna yang dijual di pasaran. Daun inai juga boleh digunakan sebagai pewarna fabrik.



Bunga Pokok Inai
Sumber: Warisan Petani


Sumber: Warisan Petani

Selain itu daun inai selalu digunakan untuk mengubati penyakit kuku (cagu) dengan menampalkan daun inai yang telah dilumatkan pada kuku yang sakit. Inai juga dikatakan boleh menjadi agen penyejuk badan, penyembuh luka, sakit kulit, masalah rambut, penyakit hati dan banyak lagi.


Buah Pokok Inai
Sumber: Warisan Petani


Tanaman Herba Yang Mengandungi Khasiat Kesihatan
Pokok Inai banyak kegunaan dan khasiatnya. 

Pokok Inai
Sumber: Warisan Petani

Tanamlah Pokok Inai untuk kegunaan sendiri dan boleh digunakan pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Sumber rujukan: Jabatan Perhutanan, Wikiwand dan Warisan Petani blogspot